Dah Taja Baju Bridesmaids, Pengantin Ini Bengang Member Balik Awal Tak Sempat Photoshoot
Banyak duit habis dekat situ.
Pasangan yang mengadakan majlis perkahwinan sudah tentu banyak persiapan yang perlu dibuat
Antaranya, persiapan tempat majlis, makanan untuk tetamu, baju perkahwinan, atur cara dan banyak lagi perkara lain.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pengantin perempuan meluahkan rasa kecewa terhadap bridesmaidsnya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dah beli baju bridesmaid untuk member, sekali balik awal
Menerusi video berkenaan, kelihatan pengantin perempuan itu meluahkan rasa kecewanya terhadap beberapa orang kawannya yang menjadi bridesmaid.
Difahamkan, pengantin perempuan itu meminta lima orang rakannya untuk menjadi bridesmaid pada hari pernikahannya. Pengantin itu juga siap menaja dan membelikan baju untuk kawan-kawannya.
Namun, apa yang lebih menyedihkan adalah apabila dua orang rakannya itu balik awal dan tak ikut serta photoshoot yang telah dijanjikan. Lebih teruk lagi, mereka juga tidak memberitahu tuan rumah semasa pulang.
Image via @putrinursolihati (TikTok)
Image via @putrinursolihati (TikTok)
"Bertemanlah sewajarnya jangan berharap lebih sama manusia, kerana sifat manusia selalu berubah-ubah" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 6M tontonan, 199K tanda suka dan 11K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @putrinursolihati (TikTok)
Image via @putrinursolihati (TikTok)
Image via @putrinursolihati (TikTok)
Kesian pula dekat pengantin, dah lah tu wedding dia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment