"Dah Tegur Banyak Kali" - Mak Cik Baju Merah Interframe Gambar Kahwin Undang Reaksi Ramai
Hm, macam mana nak cakap ek?
Hari penikahan merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pasangan pengantin
Pengantin juga akan berdebar pada hari bahagia ini. Iyalah, banyak perkara yang telah dirancang seperti pelamin, baju, tempahan jurugambar dan dekorasi tempat majlis untuk menunaikan hasrat dream wedding.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang mak cik interframe gambar kahwin orang telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Photographer dah tegur pun masih berdiri di situ
Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman sedang memaparkan situasi majlis pernikahan di sebuah lokasi.
Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah apabila salah seorang mak cik berbaju merah dilihat berdiri di antara pelamin dan meja akad nikah. Keadaan itu menyebabkan jurugambar sukar untuk menangkap gambar pasangan pengantin.
Perkara itu telah ditegur oleh jurugambar beberapa kali. Namun, mak cik itu tetap saja tidak bergerak dari tempatnya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Mungkin mak cik tu nak pastikan bukan laki dia yang salam tok kadi" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 60K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @azfztlmhmmd (TikTok)
Image via @azfztlmhmmd (TikTok)
Image via @azfztlmhmmd (TikTok)
Mungkin mak cik tu nak pastikan majlis berjalan dengan lancar kot, husnuzon. :')
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment