"Dari Hero Ke Zero" - Lelaki Tegur Rider Minta Angkat Tongkat Motor, Sekali Lain Yang Jadi
Harap dia tak cedera.
Sebagai pengguna jalan raya, kita seharusya bersikap prihatin terhadap orang sekeliling
Iyalah, kadangkala kita tidak perasan jika ada sesuatu yang tak kena dengan kenderaan kita. Contohnya, pintu kereta tak rapat, tayar pancit, bonet terbuka dan macam-macam lagi.
Kalau ternampak ada kenderaan yang berisiko di jalan raya, seeloknya kita tegurlah demi keselamatan mereka.
Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video ini apabila seorang penunggang motosikal terlanggar kereta di depannya gara-gara menegur rider foodpanda supaya mengangkat tongkat motor.
LIhat video penuh itu di bawah:
Tegur rider minta angkat tongkat motor, sekali tak pasal-pasal terlanggar kereta dekat depan
Menerusi video yang dikongsi daripada dashcam @ciknivqx0qf, kelihatan rider foodpanda itu sedang menunggang motosikalnya tanpa mengangkat tongkat motor.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila tiba-tiba seorang lagi penunggang motosikal datang dari arah kirinya dan menunjuk ke arah tongkat motor rider tersebut yang tidak diangkat.
Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila dia melihat ke arah rider berkenaan terlalu lama sehingga tidak perasan terdapat sebuah kereta Myvi di depannya.
Dia yang tidak sempat mengelak terus melanggar kereta Myvi berwarna kuning yang sedang berhenti di lampu isyarat itu.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Begitulah kehidupan, bila berbuat baik kita dapat yang teruk. Semoga dia baik-baik je" - Warganet
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 130.4K tontonan, 2.7K tanda suka serta 190 perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut risau akan keadaan penunggang motosikal itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @ciknivqx0qf (TikTok)
Image via @ciknivqx0qf (TikTok)
Image via @ciknivqx0qf (TikTok)
Image via @ciknivqx0qf (TikTok)
Nasib baik abang tu tak apa-apa. Malang tak berbau betul :/
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment