"Depression Is Not A Joke" - Ramai Terkejut Lihat Rakaman Dashcam Lelaki Terjun Jambatan
Mesti dia tengah menghadapi banyak masalah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap individu pasti akan mempunyai masalah mereka sendiri
Ia terpulang pada diri sendiri untuk mengawal situasi tersebut. Setiap masalah pasti ada jalan untuk menyelesaikannya.
Tekanan masalah perasaan boleh terjadi jika seseorang individu itu tidak dapat mengawal diri mereka. Ini amat berbahaya kerana ada yang boleh menyakiti diri mereka, malah sehingga boleh mendatangkan maut.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman X apabila seorang pemandu sempat melihat kejadian seorang lelaki yang terjun dari sebuah jambatan telah mendapat perhatian ramai.
Berhenti tepi jalan dan terus melompat terjun dari jambatan
Menerusi video tersebut, kelihatan rakaman dashcam menunjukkan pemandu berkenaan sedang berada di sebuah kawasan jalan di jambatan besar.
Namun, tiba-tiba kereta di hadapannya berhenti dan seorang penumpang lelaki meluru keluar. Apa yang lebih memeranjatkan adalah, dia dilihat menaiki tembok jambatan tersebut dan terus melompat terjun ke bawah.
Sehingga kini masih tidak ada kepastian apa yang telah terjadi kepadanya dan bagaimana keadaannya sekarang.
"Kesian bro ni. We never know what he is going through" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi dan meluahkan rasa kasihan mereka terhadap lelaki berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 806.3K views, 2.8K repost dan 4.3K likes di laman X.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:
Image via X
Image via X
Image via X
Lihat video itu di bawah:
Meminta bantuan bukanlah tanda anda lemah.
Jika anda atau sesiapa yang anda kenali kesepian, tertekan atau mempunyai pemikiran negatif, sila hubungi talian hotline Malaysia ini:
1. BEFRIENDERS KL
24 jam
Hubungi: +603-76272929
Email: sam@befrienders.org.my
Website | Facebook | Twitter
2. TALIAN KASIH
24 jam
Hubungi: 15999
WhatsApp: +6019-2615999
Email: taliannur@kpwkm.gov.my
Website | Facebook
3. BUDDY BEAR CHILDLINE
Setiap hari (12pm - 12am)
Hubungi: 1800-18-2327
Email: buddybear@humankind.my
Facebook | Instagram
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh pergi ke laman web Persatuan Kesihatan Mental Malaysia atau MINDAKAMI.
Semoga yang baik-baik saja buat dia, benda macam ini tak boleh buat main-main.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment