[VIDEO] Dinding Habis Rosak, Wanita Minta Penyewa Bertimbang Rasa Jangan Tampal Wallpaper
Makin rosak dinding.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Rumah adalah tempat kediaman yang harus dijaga bersama keluarga
Jadi, sudah pasti kita akan menghias dalaman rumah agar nampak lebih cantik dan selesa.
Dalam pada itu, banyak juga barangan dijual sekarang boleh mempercepatkan proses hiasan dalam rumah.
Antara yang paling popular adalah wallpaper yang dilekatkan di dinding rumah. Pelbagai juga corak yang ada.
Namun, baru-baru ini seorang wanita meluahkan rasa kecewanya melihat dinding rumah rosak dek kerana wallpaper yang ditampal penyewanya.
Pelekat rosakkan dinding rumah
Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu menunjukkan keadaan dinding rumahnya yang rosak akibat daripada ditampal hiasan wallpaper.
Difahamkan, rumahnya itu sebelum ini telah disewakan dan mereka telah menampal wallpaper itu sebagai hiasan dalam rumah.
Namun, apabila dia cuba membuangnya, dia terkejut melihat keadaan dinding rumahnya yang rosak dan ada yang terkopek dek kerana itu. Dia juga meminta bantuan daripada pengikutnya dan bertanya bagaimanakah cara untuk membuang lebihan pelekat di dinding itu.
"Tolonglah penyewa-penyewa dekat sana, next time janganlah buat macam ni. Jangan tampal wallpaper jenis macam ini," katanya.
Netizen beri pelbagai cara untuk buang pelekat
Selepas tularnya video itu, dia menerima pelbagai respon tentang bagaimana cara membuang pelekat itu.
Salah satu cara adalah dengan menggunakan minyak petrol. Dia dilihat menyapu minyak petrol pada dinding tersebut dan menjadi.
Pelekat itu dengan mudahnya dapat dicabut dan kelihatan bersih.
Seksa nak buang balik pelekat dia, better elakkan tampal ya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment