Doktor Cuba Jelas Punca Ramai Tak Buat Rawatan Mental, Tapi Netizen Salahkan Doktor Balik!
Tak boleh nak nafikan memang ada doktor jenis macam ini.
Menurut definisi yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seseorang itu dikira sihat adalah apabila dia sihat kedua-duanya, fizikal dan juga mental
Image via says.com
Kesihatan mental mengikut WHO ditakrifkan sebagai keadaan kesejahteraan seseorang itu di mana dia berupaya menyedari potensi dirinya, dapat mengatasi tekanan dalam kehidupan, dapat bekerja secara produktif, dan mampu memberikan sumbangan kepada dirinya dan masyarakat.
Terdapat dua faktor penyumbang kepada masalah mental, iaitu persekitaran dan genetik. Faktor persekitaran merujuk kepada pengaruh luaran seperti tekanan hidup yang melampau sama ada dari sudut sosial dan kewangan, melalui peristiwa yang sangat buruk dalam kehidupan serta masalah perhubungan manakala genetik pula merujuk kepada faktor keturunan serta personaliti seseorang.
Image via says.com
Namun begitu, kebanyakan individu yang mempunyai masalah mental memilih untuk tidak berjumpa dengan pakar disebabkan persepsi negatif yang mungkin dihadapi mereka.
Baru-baru ini, seorang doktor psikiatri telah berkongsikan beberapa punca yang mungkin menjadi penyebab ramai liat untuk berjumpa dengan doktor tatkala menghidap penyakit mental
Image via Twitter @DrRozanizam
Menerusi laman Twitter, Dr. Rozanizam Zakaria telah menyenaraikan 12 punca mengapa ramai penghidap masalah mental takut untuk berhadapan dengan doktor. Selain daripada kurangnya ilmu pengetahuan berhubung masalah itu, stigma yang bakal diterima mereka juga menjadi punca utama ramai menolak daripada menerima rawatan.
Image via Twitter @DrRozanizam
Tambah Dr. Rozanizam lagi, ramai pesakit beranggapan bahawa masalah mental boleh diselesaikan sendiri. Selain itu, di samping tidak tahu cara menghadapi masalah stress, ramai juga malu untuk berkongsikan masalah mereka sekali gus membuatkan penyakit yang dihidapi mereka menjadi semakin melarat.
Image via Twitter @DrRozanizam
Lebih parah lagi, terdapat juga individu yang lebih percayakan rawatan 'alternatif' yang boleh mereka dapati daripada bomoh serta dukun. Hal ini ekoran terpengaruh dengan cakap-cakap orang kampung yang menyatakan pengamal perubatan kampung adalah yang terbaik. Bukan itu sahaja, penafian diri sendiri juga merupakan punca utama ramai memilih untuk tidak mendapatkan rawatan.
Image via Twitter @DrRozanizam
Meskipun dijelaskan beberapa punca mengapa ramai menolak untuk mendapatkan rawatan mental ini, namun terdapat juga segelintir daripada kalangan netizen yang 'menyalahkan' semula doktor kerana sikap acuh tak acuh doktor dalam melayan pesakit
Mereka berkongsikan sendiri pengalaman mereka dilayan secara sambil lewa oleh doktor yang merawat di samping tidak gemar dengan sistem harus berhadapan dengan doktor yang berbeza setiap kali appointment.
Berikut adalah antara luahan para netizen:
Image via Twitter @DrRozanizam
Image via Twitter @DrRozanizam
Tak boleh nak deny, memang ada je doktor jenis macam ini.
So doktor, layanlah pesakit anda elok-elok. OK?
Image via Giphy
Yang ada masalah tapi tidak tahu ingin berbual dengan siapa, boleh cuba hubungi talian Befrienders!
Lagi artikel di SAYS Seismik:
Leave a comment