seismik

Panggilan Percuma Ke Befrienders Mulai 1 Ogos Ini

Kemurungan dan terasa sunyi? Panggilan telefon mampu selamatkan nyawa.

Cover image via Google

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengumumkan panggilan ke talian pusat sokongan emosi cegah bunuh diri Befrienders adalah percuma bermula 1 Ogos

Image via CNN

Perkara ini berikutan daripada hasil kerjasama SKMM dengan lapan syarikat telekomunikasi tempatan dalam menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab masyarakat dalam menangani isu kesihatan dan kestabilan emosi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut termasuklah Celcom Axiata, Digi Telecommunications, Maxis Berhad, Telekom Malaysia, TIME dotcom, U Mobile, Webe Digital dan YTL Communications.

Pengumuman ini juga selari dengan seruan Menteri Komunikasi yang menyeru bahawa semua rakyat Malaysia beralih ke era digital secara sama-rata, tanpa mengira pangkat ataupun harta

Menurut Gobind Singh Deo, tiada sesiapapun yang dikecualikan dalam peralihan negara ke arah era digital.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Image via Bernama

Sehubungan dengan itu, pengumuman ini juga sejajar dengan tinjauan yang dikeluarkan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017 pada tahun lepas yang menyatakan bahawa setiap seorang daripada lima dewasa di Malaysia mengalami masalah kemurungan, dua daripada lima dewasa di Malaysia mengalami isu kebimbangan, manakala 11.2 peratus berniat untuk membunuh diri, dan 10.2 peratus pernah cuba untuk membunuh diri.

Image via Time Magazine

Pada masa yang sama, Pengerusi SKMM, Al-Ishsal Ishak berkata gejala membunuh diri boleh dicegah dan dibanteras dengan adanya usaha kolektif daripad apelbagai pihak berkepentingan termasuk kerajaan dan pemain industri.

“Antara langkah utama yang perlu diambil adalah dengan menghapuskan stigma dalam kalangan masyarakat terhadap penyakit mental dan gejala bunuh diri melalui akses kepada talian Befrienders, yang kini percuma untuk mendapatkan khidmat nasihat, kaunseling dan bantuan emosi.

Pengerusi SKMM, Al-Ishsal Ishak

Image via Utusan Borneo

“Sementara kita maju bersama digitalisasi, satu usaha sama untuk memanfaatkan media sosial dan teknologi baharu dalam mengenal pasti mereka yang berisiko tinggi boleh diterokai,” katanya.

Befrienders adalah sebuah NGO yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri

Pemanggil boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi kepada para sukarelawan terlatih di Befrienders. Semua perbualan adalah rahsia.

Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada [email protected] untuk bantuan. Butiran lanjut mengenai Befrienders di negeri-negeri lain boleh didapati di laman sesawang www.befrienders.org.my

Semoga dengan panggilan percuma ke Befrienders ini, mereka yang mengalami masalah kemurungan boleh memanggil pihak tersebut pada bila-bila masa sahaja

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lakukan ujian saringan DASS bagi memastikan tahap kemurungan anda seperti yang dinyatakan di bawah:

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: