Dua Beradik Kongsi Perasaan Rindu Akan Keluarga Yang 'Pergi' Kerana Kemalangan
Difahamkan, adik kepada Abdur Rahman iaitu Abdullah antara yang terselamat dalam nahas mengorbankan enam ahli keluarga mereka.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Luahan remaja lelaki yang terselamat dalam nahas mengorbankan enam ahli keluarganya mencuri tumpuan ramai
Sebelum ini, sebuah lori membawa muatan pasir yang hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dipercayai menjadi punca enam sekeluarga terkorban dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, 1 September lalu.
Difahamkan, Abdullah, remaja yang terselamat dari nahas tersebut dikatakan cuba untuk lari rumah sebelum dibawa keluar oleh abangnya untuk menziarahi kubur ahli keluarga.
"Du'o (Abdullah) jangan tinggalkan abang. Du'o nak lari kan tadi," kata Abdur Rahman dalam video tersebut.
Namun, ruangan kapsyen sebuah video yang ditulis oleh Abdur Rahman juga meruntun jiwa ramai.
“Tak apalah Du’o kita pun dah tak ada siapa lagi dah. Suka tak suka nak kemana lagi kan. Kata Du’o kuat, dah tu kita kena lah sorokkan kesedihan kita jangan selalu sangat tunjuk dekat ramai orang.
“Nanti Du’o sihat abang bawak jalan jauh. Ha masa tu kita berdua je tak ada siapa nak marah."
Abdullah menyatakan kerinduan pada ahli keluarganya sekali gus menjawab persoalan kenapa dia cuba untuk lari dari rumah
“Sebab ibu tak ada, tak best. Kalau ibu ada best. Kalau ibu ada, rumah tok mak tu jadi paling best. Awie dah tak ada, Seri dah tak ada. Baru nak gaduh dengan Seri. Kakak dah tak ada, kak chik pun dah tak ada.
“Ini Awie, ini Abi, ini Ibu. Tu kak chik, akak. Saya doakan ibu masuk syurga, syurga yang paling tinggi sekali. Sama juga untuk abi dan adik-beradik semua,” luah Abdullah.
Image via @rahmanlahhhhhhh (TikTok)
Terdahulu, Abdullah menjalani pembedahan akibat kecederaan parah pada kepalanya
Abdullah kini semakin sihat dan ingatannya pun juga sudah semakin pulih selepas menjalani pembedahan tersebut.
Kemalangan melibatkan tujuh sekeluarga itu mengorbankan ibunya, Noorahimah Noor Muhamad, 43, dan bapanya, Amir Ruddin Ismail, 46.
Nahas itu turut meragut nyawa nyawa empat adik-beradiknya iaitu Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.
"Tak berhenti aku menangis" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2M tontonan, 256.2K tanda suka dan 12.7K komen di TikTok.
Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @rahmanlahhhhhhh (TikTok)
Image via @rahmanlahhhhhhh (TikTok)
Image via @rahmanlahhhhhhh (TikTok)
Lihat video penuh di bawah:
Hm sedih la pula bila dengar luahan dari Abdullah :'(
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment