seismik

[VIDEO] Abang Blazer Merah Tampil Mohon Maaf, Akui Tak Kenal Loghat Sabah

Lelaki tersebut juga mengatakan bahawa dia sayang orang Sabah.

Cover image via ranggi017 (TikTok) & Kisah Dunia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pengawal keselamatan yang dikenali sebagai 'abang blazer merah' dengan rendah hati tampil memohon maaf ke atas insiden yang melibatkan dirinya dengan seorang penghantar makanan pada minggu lalu

Tular di media sosial sejak minggu lalu, insiden seorang pengawal keselamatan bertindak kasar ke atas penghantar makanan berkenaan juga telah menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat negeri Sabah.

Namun, sebelum ini 'abang blazer merah' ada mengatakan dia mahu membuat laporan polis mengenai insiden yang berlaku.

Selepas beberapa hari, dia tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial semalam.

Katanya, dia tidak mahu perkara tersebut terus tular sehingga mengganggu kehidupannya.

Lelaki tersebut mengakui dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pihak termasuk rakyat Sabah

“Saya dikenali sebagai Abang blazer merah ingin memohon maaf terhadap orang-orang Sabah atau pun sesiapa yang terasa atas percakapan saya seperti mana yang berlaku dalam video viral yang lepas.

“Saya tidak ingin perkara ini terjadi, saya juga tidak ingin perkara ini berlanjutan. Saya betul-betul minta maaf dari hujung hati ke hujung tangan. Saya minta maaf sekali lagi supaya benda ini tidak berpanjangan.

“Saya tidak ada masalah dengan orang-orang lain, saya tiada masalah dengan orang-orang Sabah. Saya sayang semua orang. I love Sabah. Terima kasih juga kepada semua orang yang membantu kes saya,” jelasnya.

"Faham sudah bahasa Sabah ka bosku?" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, sehingga kini ia telah meraih 54.4K views, 2.3K likes dan 472 comments di TikTok.

Rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

Berikut di bawah antara komen menarik netizen:

Lihat video penuh permohonan maaf itu di bawah:

Lepas ni siasat la dulu, jangan main terjah je tau :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: