“Pembelot Tanah Air” - Pemimpin Hamas Malu Nak Mengaku Mosab Sebagai Anak
Betul lah orang kata iman tidak dapat diwarisi.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Anak kepada pemimpin Hamas, Mosab Hassan Yousef membelot menjadi perisik Israel setelah keluar dari penjara Meggido
Mosab Hassan Yousef anak kepada pemimpin Hamas, Syeikh Hasan Yusef merupakan anak kelahiran Palestin.
Kehidupan Mosab suatu ketika dahulu sama seperti anak-anak Palestin yang berjuang demi keamanan tanah air sehingga suatu hari dia ditangkap serta dipenjara ketika dia berumur 10 tahun oleh tentera Israel kerana melempar batu kepada mereka.
Maka, bermula dari situ dia sentiasa ditangkap dan dipenjara sehingga dia berasa bangga kerana selalu keluar dan masuk penjara disebabkan masalah yang sama.
Para penduduk Palestin mula rasa Mosab adalah pemimpin seterusnya yang layak mewarisi tempat bapanya kerana semangat juangnya yang tinggi.
Pemahaman Mosab telah terserong jauh kerana baginya Hamas tidak menjaga warga Palestin dan hanya mahu menghancurkan rakyatnya sendiri
Sehingga suatu hari dia ditangkap dan dikurung di penjara Meggido, imannya mula goyah kerana para tentera Zionis itu telah menyuntik pemikiran Mosab dengan ideologi dan propaganda mereka sehingga dia keluar dari penjara dan menyertai Shin Bet untuk menjadi perisik Israel.
Difahamkan, Mosab merupakan aset paling penting kerana melalui informasi dia, para tentera Zionis boleh menangkap pemimpin-pemimpin utama Hamas.
Pertempuran Hamas kebanyakan yang gagal disebabkan oleh informasi yang disampaikan oleh Mosab.
Bukan sahaja membelot malah Mosab murtad menukar agamanya dari Islam ke Kristian dan Mosab juga telah menghina Nabi Muhammad.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!