Nurul Ain Dan Suami Selamat Dibawa Keluar Dari Gaza Melalui Pintu Rafah
Alhamdulillah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Rakyat Malaysia Nurul Ain Haron yang berada di kawasan konflik Gaza bersama suaminya merupakan warga Palestin Mohamed A M Shaat selamat dibawa keluar melalui Lintasan Sempadan Rafah pada Ahad baru-baru ini
Menerusi laporan Sinar Harian, Nurul Ain Haron dan suaminya terkandas di Khan Yunis, Gaza sejak 7 Oktober lalu, terpaksa mengambil keputusan untuk meninggalkan negara itu atas faktor keselamatan.
Kementerian Luar mengumumkan bahawa sejurus selepas tiba di Lintasan Sempadan Rafah, Nurul Ain dan suaminya telah dihubungi melalui panggilan video oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir. Tujuan panggilan video tersebut adalah untuk bertanya khabar dan memastikan keadaan mereka dengan baik.
"Ketibaan beliau dan suami di Lintasan Sempadan Rafah dimudahcara oleh Duta Besar Malaysia ke Kaherah bersama pegawai kedutaan yang lain," kata Zambry.
Nurul Ain juga ada berkata pada Isnin baru-baru ini bahawa mereka berniat untuk terus tinggal lebih lama di negara tersebut namun suaminya juga perlu terus bekerja untuk menyara keluarga.
“Alhamdulillah, semalam kami tunggu lama sangat dekat sempadan, seperti biasa kelulusan untuk keluar dengan pasport Palestin tidak mudah." katanya.
Setelah itu, Nurul Ain dan suaminya merakamkan ucapan terima kasih kepada Anwar dan Kerajaan Perpaduan kerana telah memudahkan proses kepulangan mereka ke Malaysia.
Mereka juga menghargai sokongan dan doa yang terus diberikan oleh rakyat Malaysia sepanjang mereka berada di wilayah konflik tersebut.
Dalam panggilan video yang sama, Anwar turut menyampaikan doa agar Nurul Ain dan suaminya selamat tiba di tanah air.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!