Miliki Latar Belakang Yang Berbeza, Wanita Bangsa India Peluk Islam Kini Selamat Berkahwin
Selamat pengantin baru!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Saat hidayah datang menyapa, tiada siapa dapat menghalangnya
Biarpun perkahwinan mungkin dijadikan alasan untuk menganut agama Islam, namun tanpa petunjuk-Nya, perkara tersebut tak akan terjadi.
Sepertimana trend video ‘did we make it’ yang kini semakin mendapat perhatian ramai di TikTok, seorang mualaf .im_your_sunflower turut tidak melepaskan peluang untuk join trend tersebut.
Menerusi video tersebut, pemilik akaun itu memberitahu dia dan suaminya yang juga mualaf, mula dilamun cinta sejak tahun 2020.
Pada mulanya, wanita itu risau jika dia tidak diterima oleh keluarga teman lelakinya ketika itu kerana berbangsa lain dan mempunyai budaya yang berbeza.
Namun pada tahun ini, mereka berjaya membuktikan kepada semua orang bahawa hubungan yang berbeza agama boleh sampai ke jinjang pelamin.
Difahamkan, wanita itu berbangsa India dan lelaki pula berbangsa Cina dan beragama Islam.
"Wah meremang tengok awak berdua punya love story sangat hebat dan unexpected" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan komen mereka mengenai video itu. Malah, ramai yang memberi sokongan positif dan ucapan tahniah.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.3M views, 153.9K likes dan 4.7K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!