Dua Sahabat Dipenjara Selepas Berbogel Di Surau
Kedua-duanya mengaku bersalah di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pada hari Rabu, 8 November, dua rakan masing-masing lelaki dan wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas pertuduhan berbogel di surau plaza tol di Yong Peng, Johor
Menurut Harian Metro, Lok Kah Hui, 25, dan Yap Win Yin, 26, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan bersama dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Lok, seorang penjaga dusun durian dan Yap, seorang pekerja kedai makanan haiwan, didakwa saling membogelkan diri sendiri di surau lelaki berhampiran plaza tol Yong Peng.
Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 377D dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun jika disabitkan bersalah.
Pendakwaan diketuai oleh timbalan pendakwa raya Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala Lok diwakili Tan Song Yan. Yap diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Kamarul Arifin Nordin.
Image via Harian Metro (Youtube)
Pihak pendakwaan mengemukakan hujahan bahawa mahkamah seharusnya menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang serius dilakukan tertuduh
"Walaupun kedua-dua tertuduh mengaku bersalah dan menjimatkan kos mahkamah, ia tidak bermakna pengakuan itu secara automatik boleh meringankan hukuman terhadap mereka.
"Mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam atas perbuatan dilakukan tertuduh iaitu kelucahan melampau dan hukuman perlu dilakukan sebagai pengajaran kepada individu lain," katanya.
Selepas mempertimbangkan pengakuan bersalah dari kedua tertuduh dan menimbang hujahan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman.
Lihat video penuh di bawah:
Lok dihukum enam bulan penjara, manakala Yap dihukum lima bulan. Mahkamah juga menetapkan bahawa tempoh hukuman akan bermula pada 8 November, iaitu tarikh penahanan kedua-dua tertuduh.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel di SAYS Seismik:
Leave a comment