Ehsan Pindah Dalam Cerita Upin & Ipin Punya Pasal, Anak Sampai Menangis Tengok Drama
Lah, kesian dia sampai menangis.
Cerita animasi Upin & Ipin semestinya menjadi kegemaran majoriti budak kecil sekarang
Iyalah, cerita animasi yang santai dan berkisahkan keluarga dan rakan-rakan. Memang relatable buat anak-anak. Lakonan yang comel juga menarik perhatian mereka.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak kecil menangis menonton drama Upin & Ipin telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sebak tengok episod Upin Ipin pasal Ehsan pindah rumah
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita merakam gelagat anaknya yang sedang menonton cerita Upin & Ipin di televisyen.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila anaknya itu dilihat sebak dan menangis sehingga mengeluarkan air mata apabila melihat salah satu episod Upin & Ipin yang ditayangkan.
Rupa-rupanya, eipsod yang ditayangkan itu memaparkan Ehsan pindah rumah dan berpisah dengan rakan-rakannya.
Image via @badlinaiziyani (TikTok)
"Kesian dia jiwa rabak tu, betul punya menghayati tetapi mama dia punya mengilai aduhai" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 382K tontonan, 57K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua beranak itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @badlinaiziyani (TikTok)
Image via @badlinaiziyani (TikTok)
Image via @badlinaiziyani (TikTok)
Image via @badlinaiziyani (TikTok)
Memang sedih pun, tak apa awak nangis je dik :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment