Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Hidden Gem" - Ini Antara Aktiviti Seronok & Best Yang Boleh Anda Lakukan Di Gamuda Cove

Tak perlu melancong jauh-jauh, semua dalam Malaysia je!

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini viral tempat seronok untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan atau keluarga

Tempat ini bukan saja mempunyai pelbagai aktiviti yang boleh dicuba, malah harga setiap permainan juga sangat berbaloi. 

Lokasi Gamuda Cove terletak di Dengkil, Selangor. Semua aktiviti sesuai untuk kanak-kanak sehingga orang dewasa. Tunggu apa lagi? Jom kita terokai Disovery Park di Gamuda Cove ini!

Jika anda datang untuk menikmati pemandangan indah? Anda boleh cuba Cove Aerobar!

Haa, kepada sesiapa yang tidak takut kepada ketinggian dan tidak gayat. Anda boleh cuba menaiki Cove Aerobar. Anda dapat menikmati pemandangan daripada ketinggian 35 meter dari paras laut. 

Selain itu, anda juga boleh membeli makanan di kafe mereka untuk dibawa naik ke atas makan sambil menikmati pemandangan. Harga bermula daripada RM35 saja. Tunggu apa lagi? Sangat instagrammable tau!

Image via @azhar_yahya (Instagram)

Image via @suzianazainual (Instagram)

Image via @amiraanadhirah (Instagram)

Kalau anda sukakan aktiviti lasak dan adventurous, anda boleh cuba Gossebump Rope Course!

Untuk aktiviti ini, terdapat dua bahagian tempat iaitu untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Sebanyak 57 cabaran yang anda perlu tempuhi di sini. Antaranya giant swing, abseiling dan pelbagai lagi cabaran yang menarik. 

Tunggu apa lagi? Jom cabar diri anda dengan aktiviti ini. Sesuai untuk kanak-kanak juga tau. Jangan risau, ketinggian untuk bahagian kanak-kanak adalah lebih rendah. 

Image via @din_sepang (Instagram)

Image via @myaeia7 (Instagram)

Image via @lune1210 (Instagram)

Image via @lune1210 (Instagram)

Jika anda gemarkan aktiviti motosikal, anda boleh bermain MotoManiac ATV & Dirt Bike

Berita baik untuk penggemar ATV, di Gamuda Cove juga menawarkan aktiviti ATV dengan trek tersendiri. Satu kenderaan boleh dinaiki oleh dua orang. Jom pair up dengan partner anda untuk feel adventurous! 

Siapa yang skil menunggang motosikal, anda boleh meluangkan masa untuk berlatih di sini juga. Ajak kawan-kawan anda. 

Untuk yang tidak gemar aktiviti lasak, anda juga boleh memilih untuk berbasikal atau menaiki skooter di sana. 

Image via @motomaniacmalaysia (Instagram)

Image via @motomaniacmalaysia (Instagram)

Image via @motomaniacmalaysia (Instagram)

Yang paling best, anda juga boleh meneroka keindahan Paya Indah Discovery Wetlands

Aktiviti ini sangat sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak. Anda anda menaiki kenderaan yang disediakan untuk masuk ke dalam Paya Indah Wetland. 

Anda juga dapat mengeksplor Bamboo Trail, Tasik Sendayan dan Rumah Melayu seperti di safari tour. Menarik bukan?

Image via mantha1125

Image via mantha1125

Image via mantha1125

Nampak best kan semua? Jom ajak kawan-kawan dan family singgah untuk luangkan masa! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment