Golongan B40 Paling Banyak Guna Kad Kredit, T20 Pula Catat Baki Pinjaman Tertinggi - CTOS
Ia berdasarkan Laporan Kredit Pengguna CTOS Malaysia tahun 2022.
Statistik menunjukkan bahawa kumpulan berpendapatan lebih rendah (B40) mempunyai kadar penggunaan kad kredit lebih tinggi iaitu 34.2 peratus, jauh lebih tinggi daripada purata negara iaitu 23.7 peratus
Angka tersebut dicatatkan pada tempoh sukar di mana kumpulan B40 menggunakan kad kredit untuk menampung kewangan mereka.
Berdasarkan Laporan Kredit Pengguna CTOS bagi Malaysia tahun 2022 yang dikeluarkan CTOS dengan kerjasama Monash University Malaysia (Monash) School of Business, ia mendapati purata baki pinjaman bagi kumpulan B40 adalah sebanyak RM35,531 manakala, bagi segmen pembiayaan perumahan, kumpulan T20 mencatatkan purata baki pinjaman tertinggi sebanyak RM960,712.
Image via 100comments
Malaysia masih jauh di belakang jika dibandingkan dengan Amerika
Purata kemudahan kredit dan baki pinjaman bagi setiap individu untuk kad kredit sekitar RM11,955; pembiayaan peribadi (RM67,470), kereta (RM52,941) dan perumahan (RM368,446).
Ia juga menunjukkan golongan Gen X (berusia 42 hingga 57 tahun) mempunyai baki pinjaman kenderaan tertinggi sebanyak RM60,721.
Bagi Gen Z (berusia 10 hingga 25 tahun) pula, ia mencatat peningkatan tertinggi iaitu 56.1 peratus bagi purata baki pinjaman peribadi pada tahun lalu. Menurut CTOS, ada pertambahan positif dalam purata Skor CTOS sejak tiga tahun lalu daripada 663 menjadi 678.
Image via Rnggt
Menurut sumber, walaupun kita berdepan dengan pandemik, namun tahap kesihatan kewangan masih berada dalam kategori skor kredit "sederhana" yang mana ia masih berpotensi dari sudut permohonan kredit.
Malah, berbanding negara-negara lain di peringkat global, Malaysia masih jauh di belakang jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat yang mempunyai skor kredit purata 716.
Namun, bagi rantau Asia Tenggara, skor kredit merupakan konsep yang agak baharu.
Zaman sekarang ekonomi tak menentu, jadi kena lebih peka pasal isu kewangan ini okay ;)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment