Tak Perlu Panggilan 'Special' Untuk Diri, Dua Gadis Ini Kongsi Nama Unik Mereka Dalam IC
Sedapnya nama mereka.
Bagi ibu bapa, memilih nama anak adalah salah satu perkara yang sukar bagi mereka
Iyalah, memilih nama ini kena betul kerana ada maksud-maksudnya betul tak? Tambahan lagi, bagi yang Muslim.
Namun, baru-baru ini tular apabila dua orang gadis berkongsi nama unik mereka dalam kad pengenalan ternyata telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video pertama itu di bawah:
Nama lain daripada yang lain, tak perlu panggilan special
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis @loveleenaaa berkongsi namanya di dalam kad pengenalannya. Dapat dilihat namanya bermula dengan 'Love'.
"Saya tidak perlukan nama panggilan atau nama comel sebab nama saya sudah istimewa. Tak payah risau kalau single sebab I is everyone’s love ," tulisnya.
Salah seorang lagi gadis juga berkongsi namanya yang beitu unik. Dapat dilihat namanya bermula dengan 'Tuan Puteri'.
"My boyfriend should call me 'Tuan Puteri' instead sayang but I prefer sayang lah," tulisnya.
Lihat video kedua itu di bawah:
"Study group chat: Love, homework dh siap?" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja melihat nama-nama mereka itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 351.4K views, 50.2K likes dan 819 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!