Graduan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama? Ini Cara Mohon Pengecualian Bayaran Balik PTPTN
Khas untuk mereka yang menamatkan pengajian bermula 2019.
Seperti umum tahu, graduan yang memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama layak memohon pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN
Image via Free Malaysia Today (FMT)
Berita baik ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan perasmian Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN pada 27 Julai 2022.
"Pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN akan diberikan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama," katanya lagi.
Menurut beliau, keistimewaan tersebut dikembalikan bagi mendorong golongan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan keputusan yang terbaik.
Untuk makluman, permohonan pengecualian bayaran balik ini boleh dibuat dalam tempoh 12 bulan selepas tarikh konvokesyen.
Jika anda merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama yang menamatkan pengajian bermula tahun 2019, ini adalah cara-cara memohon pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN:
1. Layari portal rasmi PTPTN
Image via SAYS Seismik
Pertama sekali, anda perlu log masuk ke capaian Sistem Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama Atau Setaraf Dengannya dengan melayari https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama.
Isikan nombor kad pengenalan dan nombor pinjaman anda. Anda boleh dapatkan nombor pinjaman dengan menghubungi Talian Careline PTPTN di 03-2193 3000.
2. Klik pada butang Mohon
Image via SAYS Seismik
Semak dan pastikan maklumat yang dinyatakan adalah tepat. Klik pada butang Mohon untuk meneruskan proses permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman.
Untuk makluman, permohonan ini hanya boleh dilakukan untuk Ijazah Sarjana Muda pertama sahaja.
3. Lengkapkan maklumat peminjam
Image via SAYS Seismik
Kemaskini maklumat peminjam jika terdapat sebarang perubahan. Pastikan maklumat yang diisi adalah benar.
4. Isi Maklumat Pengajian
Image via SAYS Seismik
Isikan maklumat pengajian seperti CGPA, tarikh tamat pengajian, tarik senat dan tarikh konvokesyen dengan tepat. Kegagalan mengisi maklumat dengan tepat akan menyebabkan permohonan terbatal.
5. Isi Maklumat Pendapatan
Image via SAYS Seismik
Pilih kategori pekerjaan sama ada sektor awam, sektor swasta, bekerja sendiri ataupun tidak bekerja. Kemudian, isi maklumat pendapatan anda dengan tepat.
6. Lengkapkan Maklumat Isi Rumah
Image via SAYS Seismik
Isi maklumat ibu bapa sama ada mereka masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Jika ibu bapa meninggal dunia atau tidak dapat dikesan, peminjam perlu kemaskini maklumat penjaga.
Tambahan itu, jika ibu bapa masih bekerja ataupun sudah bersara, isikan juga maklumat pendapatan mereka. Kemudian, klik pada butang Seterusnya.
7. Semak Maklumat & Hantar Permohonan
Image via SAYS Seismik
Setelah selesai kemaskini maklumat, semak semula maklumat dan pastikan semuanya lengkap dan tepat.
Tandakan ✓ pada kedua-dua kotak pengesahan permohonan dan klik pada butang Hantar untuk menghantar permohonan.
8. Muat Naik Dokumen Sokongan
Image via PTPTN
Seterusnya, peminjam perlu memuat naik dokumen sokongan seperti salinan transkrip peperiksaan, salinan skrol atau Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama, surat pengesahan tamat pengajian dan lain-lain.
Bagi salinan traskrip dan skrol, anda perlu mendapatkan pengesahan daripada Pegawai Akademik ataupun Pegawai Bahagian Pengurusan Pelajar di institusi pengajian anda. Dokumen lain pula hendaklah disahkan oleh Pengetua, Guru Besar Sekolah, Pegawai Kerajaan, Penghulu atau lain-lain pegawai yang disenaraikan.
Setelah selesai, tandakan ✓ pada kotak pengesahan permohonan dan klik pada butang Hantar.
9. Cetak Halaman
Image via PTPTN
Tahniah, permohonan anda telah berjaya dihantar! Klik pada butang Cetak halaman untuk menyimpan butiran permohanan. Anda boleh menyemak status permohonan dalam tempoh 60 hari.
Mudah sahaja, bukan? Semoga perkongsian ini dapat membantu anda! :D
Image via giphy.com
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment