Ibu Bapa & Guru Di Sekolah Ini Guna Kaedah 'Kotak Mudah Alih' Bagi Atasi Masalah Beg Berat
Kotak yang bernilai RM15.90 disediakan buat semua murid di dalam kelas yang mana turut dilekatkan label pemilik kotak dengan nama masing-masing.
Antara perkara yang sering diusulkan para ibu bapa ialah beg yang dibawa anak mereka ke sekolah adalah terlalu berat
Ada beberapa sekolah yang menyediakan kemudahan locker untuk murid-murid menyimpan buku teks dan barangan lain, namun kebanyakannya mengenakan sewa dan tidak semua yang mampu membayarnya.
Image via Astro Awani
Ada juga di antara murid yang gemar menyimpan buku mereka di dalam laci meja kelas namun ianya dilihat menyusahkan sekiranya sekolah itu mempunyai sesi pagi dan petang yang mana kelas itu turut dikongsikan dengan murid-murid lain.
Biarpun begitu, sebuah sekolah di Negeri Sembilan telah menyediakan inisiatif tersendiri bagi menyelesaikan masalah ini yang dilihat boleh tahan jimat dari segi kos pelaksanaannya
Merupakan hasil kerjasama di antara ibu bapa dan guru, Sekolah Kebangsaan Serting Ulu di Jempol telah menyediakan 'kotak mudah alih' di dalam kelas bagi menyelesaikan masalah murid yang membawa beg berat ke sekolah.
Image via Harian Metro
Image via Harian Metro
Kotak diperbuat daripada plastik itu yang bernilai RM15.90 bagi setiap kotak disediakan buat semua murid di dalam kelas yang mana turut dilekatkan label pemilik kotak dengan nama masing-masing.
Idea asal menyediakan kotak mudah alih itu sebenarnya merupakan hasil perbincangan di antara guru kelas 5 Gemilang, Nor Hazizah Mohd Sani, bersama ibu bapa murid-murid
“Ia adalah cadangan idea dari seorang penjaga. Ideanya adalah dengan menyediakan kotak mudah alih untuk menyimpan buku teks bagi setiap murid,” kata guru besar sekolah berkenaan, Zainal Abidin Talib kepada Harian Metro.
Image via Harian Metro
Zainal Abidin berkata, pihaknya gembira kerana ibu bapa dan pihak sekolah dapat bersatu menggembleng tenaga melaksanakan idea itu.
“Ia demi kebaikan bersama dan berharap kumpulan WhatsApp yang diwujudkan (antara guru dan ibu bapa) itu memberi manfaat kepada semua pihak,” katanya.
Image via Harian Metro
Penyediaan kotak mudah alih ini mula dilaksanakan oleh kelas tahun 5G pada awal Januari yang lalu dan mula diikuti beberapa kelas lain.
Syabas buat sekolah Sekolah Kebangsaan Serting Ulu di atas inisiatif 'kotak mudah alih' ini!
Image via Tenor
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment