Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Individu Kecewa Ibu Tak Bagi Kahwin, Alasan Sebab Kakak Masih Belum Jumpa Jodoh

Mak dia tak bagi langkah bendul tu.

Cover image via Twitter Tribun Style Habib

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sudah menjadi kebiasaan dalam budaya Asia bahawa adik-beradik yang lebih tua perlu diberi rasa lebih hormat dalam banyak aspek kehidupan keluarga

Tetapi, jika difikirkan kembali adakah ini satu aspek tradisi yang masih perlu diikuti, terutamanya jika ia dilakukan dengan mengorbankan adik-adik mereka?

Tular sebuah ciapan di Twitter selepas seorang wanita memutuskan untuk meluahkan kekecewaannya terhadap dilema yang dihadapinya.

Lihat ciapan itu di bawah:

Image via Twitter

Image via Twitter

Kecewa mak tak bagi 'langkah bendul' walaupun dah ada calon

Menerusi ciapan tersebut, wanita itu berkongsi teman lelakinya mula mengajaknya untuk berkahwin memandangkan mereka sudah lama berkenalan.

Namun, disebalik kegembiraan itu, wanita berkenaan berkongsi masalah yang perlu dihadapinya di dalam keluarganya. Dia menjelaskan pada teman lelakinya bahawa ibunya tidak mengizinkan untuk berkahwin selagi si kakak tidak menjumpai jodohnya.

"But the problem is mak I tak bagi langkah bendul. Kakak saya tak kahwin lagi and tak ada nampak bayang BF pun," luahnya.

Hal ini telah menyebabkan masalah antara keluarganya dan teman lelakinya. Dalam percubaan untuk bercakap dengan ibunya, wanita itu berkata bahawa dia diberitahu supaya bersabar dan membiarkan kakaknya berkahwin dahulu.

Wanita itu terus mengatakan bahawa ini telah menyebabkan dia mengalami tekanan yang besar, dengan dia dan teman lelakinya. Dia menyatakan bahawa teman lelakinya telah memberitahunya semasa salah satu pergaduhan mereka bahawa jika mereka tidak berkahwin menjelang akhir tahun, dia akan berpisah dengannya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Diva MY

"Menyampah aku jenis yang suka ikut adat ni, menyusahkan betul" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka mengenai isu itu.

Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 224 retweets, 297 quotes tweets dan 620 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Image via Twitter

Image via Twitter

Image via Twitter

Susah lah macam ni, jodoh tu bukan satu perkara yang boleh dijangkakan :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment