Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Individu Luah Perasaan Sedih Lihat Perangai Mak, 'Berskandal' Dengan Adik Ipar Sendiri

Macam-macam boleh terjadi sekarang kan?

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Percaya atau tidak, banyak perkongsian melibatkan skandal atau curang dalam kalangan ahli keluarga sendiri yang semakin membimbangkan

Apatah lagi anak-anak yang perlu menghadap dengan perangai si ibu atau ayah yang melakukan perkara terkutuk itu sendiri.

Seperti perkongsian menerusi kotak hati di SEISMIK ini selepas seorang individu meluahkan rasa kecewa melihat perangai si ibu yang sanggup mempunyai hubungan sulit bersama adik iparnya sendiri.

Mak cik sendiri tahu mak ada skandal dengan suaminya

Menerusi perkongsian di kotak hati tersebut, seorang individu memberitahu dia datang dari keluarga yang sudah bercerai-berai.

Ibunya mempunyai hubungan sulit dengan adik ipar sendiri, manakala bapanya telah pun berkahwin dengan wanita lain. Menurutnya, ibu bapanya sudah bercerai sewaktu dia dan adik beradiknya masih kecil.

Difahamkan, hubungan sulit ibunya bersama adik iparnya sendiri sudah lama bahkan sehingga sekarang mereka masih bersama.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah, individu berkenaan memberitahu sehinggakan mak ciknya iaitu adik perempuan kandung kepada ibunya sendiri tahu akan hubungan sulit ibunya bersama suaminya.

Tambahnya, seluruh keluarga ipar duai sebelah ibunya juga tahu akan perkara tersebut, namun perkara masih lagi sama.

"Seluruh keluarga ipar duai (side mak) semua tahu skandal dorang berdua. Even mak cik saya (adik perempuan kandung mak saya) pun tahu yang mak saya ada hubungan sulit dengan suami dia.

"Sebabkan dorang berskandal dari anak-anak masih kecil sampailah kita orang dah besar dan beranak-pinak. #IparAdalahMaut," luahnya.

Image via Peduli Seks

Pernah jadi mangsa cabul pak cik dan abang sendiri

Sementara itu, di dalam satu lagi perkongsian menerusi kotak hati, seorang individu meluahkan yang dia pernah menjadi mangsa gangguan seksual sewaktu kecil.

Menurutnya, dia menjadi mangsa gangguan seksual ketika berumur empat hingga lima tahun oleh dua orang lelaki berbeza.

Bukan itu sahaja, pak ciknya iaitu adik ipar kepada ibunya sendiri juga pernah melakukan perkara yang tidak sepatutnya kepada dirinya.

Kesedihan tersebut di tambah pula apabila abangnya sendiri pernah mencabul dirinya. Bahkan, abang itu juga pernah mencabul adiknya yang lain berusia enam hingga tujuh tahun.

"Pak cik (adik ipar ibu saya) pernah melakukan perkara yang tidak sepatutnya kepada saya, dan abang saya juga pernah meraba saya semasa kami masih berada di awal sekolah menengah.

"Abang saya juga pernah mencabul adik saya semasa dia berusia enam hingga tujuh tahun (abang saya pada waktu itu berusia 14 hingga 15 tahun), dan menyebabkan dia (adik saya) trauma sehingga kini," ujarnya. 

Image via Peduli Seks

Jika anda sedang menghadapi sebarang kesukaran dan memerlukan bantuan khidmat nasihat hubungi Telenisa melalui WhatsApp dan panggilan telefon di talian 012-8123424, atau konsultasi bersemuka melalui temu janji setiap Isnin hingga Jumaat dari 10 pagi hingga 5 petang bertempat di No.4, Lorong 11/8E, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Sekadar info, kempen ‘Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu’, yang bermula 1 November hingga 30 November ini adalah bertujuan untuk memupuk pemahaman dan keterbukaan mengenai isu-isu seksualiti, terutamanya dalam kalangan komuniti Melayu.

Sebuah mikrosite khas di says.com/peduliseks disediakan yang akan bertindak sebagai pusat digital kempen ini. Laman tersebut akan mengandungi pelbagai maklumat kempen, termasuk ruang untuk berkongsi cerita secara anonim dan kerjasama dengan NGO yang berkaitan.

Dengan hashtag #PeduliSeks, kempen ini juga akan memanfaatkan platform media sosial bagi meningkatkan interaksi dan menjangkau lebih ramai masyarakat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment