Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Inginkan Perabot Yang Menepati Cita Rasa? Ini 6 Idea Perabot IKEA DIY Yang Boleh Anda Cuba

Semuanya cantik sangat!

Cover image via MyDomaine Hometalk

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

IKEA merupakan kedai perabot yang sangat terkenal bukan sahaja di Malaysia, malah di serata dunia

Terdapat banyak perabot menarik yang ditawarkan oleh IKEA dan harganya juga mampu milik. IKEA juga membolehkan orang ramai mendapatkan inspirasi berdasarkan showroom mereka.

Namun begitu, kadangkala pasti ada sahaja perabot yang murah dan menarik perhatian, tetapi tidak menepati cita rasa pula.

Oleh itu, di sini kami kongsikan 6 idea perabot IKEA do-it-yourself (DIY) yang boleh anda cuba di rumah.

1. Boho Coffee Table

Siapa sangka boho coffee table yang estetik ini boleh dibuat hanya menggunakan bakul yang dijual di IKEA? Ya, anda boleh buat sendiri meja ini dengan bajet yang rendah.

Idea ini amat sesuai buat mereka yang ingin berjimat dan minat akan projek DIY. Bahan-bahan yang diperlukan tidaklah begitu banyak. Cara pembuatannya juga tidak rumit.

Dapatkan bakul rotan SNIDAD di sini.

2. Kepala Katil Rotan

Jika anda memiliki rangka katil dari IKEA iaitu rangka katil TARVA, anda boleh mencantikkan lagi kepala katil anda dengan menambah rotan.

Percayalah, katil anda akan nampak lebih menarik dan estetik tau! Bukan itu sahaja, projek DIY ini juga tidak memerlukan masa yang lama untuk siap.

Dapatkan rangka katil TARVA di sini.

3. Arched Bookshelves

Inginkan rak buku yang besar dan menarik? Idea rak buku IKEA DIY ini amat sesuai untuk anda!

Mungkin projek DIY ini memerlukan kos yang tinggi, namun hasilnya akan buat anda sangat berpuas hati. Bukan itu sahaja, rak buku ini juga kukuh dan boleh digunakan untuk jangka masa yang lama.

Jika anda berminat, ini adalah kombinasi perabot yang diperlukan: Kabinet HAVSTA, Rak buku BILLY dan Unit menambah ketinggian BILLY.

4. Kabinet Rotan

Anda penggemar perabot estetik? Jangan risau, projek DIY ini akan buat anda senang hati dengan hasilnya.

Kabinet yang mempunyai detailing rotan selalunya mahal, maka ramai yang memilih untuk membuat sendiri kabinet rotan IKEA mereka sendiri dengan kos yang jauh lebih murah.

Anda boleh buat sendiri kabinet DIY ini dengan membeli kabinet EKET.

5. Meja Belajar Kanak-Kanak

Jika anda mempunyai anak kecil, and boleh ikuti projek perabot IKEA DIY yang ini.

Berikan anak anda meja belajar yang selesa dan kelihatan sangat estetik pada masa yang sama. Confirm anak anda akan sukakannya!

Dapatkan barangan IKEA untuk projek ini: TROFAST dan ENBACKEN.

6. Almari Klasik

Inginkan almari yang menarik dan tidak membosankan? Projek DIY ini tidak memerlukan masa yang banyak untuk siap dan caranya juga mudah sahaja.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengecat almari ini dengan warna kesukaan anda agar bilik atau rumah kelihatan lebih cantik.

Dapatkan almari MALM di sini.

Semua perabot DIY ini lawa dan mudah sahaja kan? Jom serbu IKEA sekarang juga!

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment