Ingin Nampak Lebih Bergaya? Ini 5 Jenama Beg Tangan Lokal Yang Boleh Anda Miliki
Design semua lawa-lawa tau!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Handbag ataupun beg tangan merupakan aksesori penting bagi kaum wanita untuk melengkapkan outfit mereka
Oleh itu, pemilihan beg amatlah penting bagi memastikan kualitinya tinggi dan boleh dipakai untuk jangka masa yang lama.
Sungguhpun ramai yang meminati beg tangan mewah jenama antarabangsa, handbag buatan lokal juga bukan calang-calang tau.
Jadi, di sini kami kongsikan 5 jenama beg tangan lokal yang boleh anda beli dan gayakan untuk OOTD anda!
1. Sometime by Asian Designer
Sometime by Asian Designer sangat terkenal dengan beg mereka yang terdiri daripada beg tangan, tote bag dan macam-macam lagi.
Jenama lokal ini juga mempunyai beg daripada dua material yang tahan lasak dan digemari ramai iaitu kanvas dan kulit.
Walaupun Sometime by Asian Designer banyak berkolaborasi bersama designer terkemuka seperti Rizalman Ibrahim, harga yang ditawarkan tetap berpatutan tau!
Website | Instagram
2. Christy Ng
Juga merupakan jenama lokal yang digilai rama, Christy Ng menawarkan pelbagai jenis design beg tangan dengan warna-warna yang memukau.
Semua beg tangan mereka juga dijual dengan harga mampu milik dan jenama ini aktif mengeluarkan edisi baru untuk peminat setia mereka.
Christy Ng juga menawarkan custom design di mana anda boleh meletakkan nama anda di beg pilihan anda.
Website | Instagram
3. Cream Couch
Pasti anda tidak pernah dengar tentang jenama lokal ini, bukan? Jika anda sukakan design yang estetik, Cream Couch merupakan pilihan yang terbaik untuk anda!
Design yang simple tetapi memukau membuatkan beg mereka selalu kehabisan stok. Jadi, kalau anda inginkan beg mereka, kena cepat tau!
Website | Instagram
5. Mel & Molly
Antara jenama lokal yang underrated, Mel & Molly menawarkan pelbagai jenis design beg tangan yang comel dan stylish.
Sesuai digayakan oleh semua peringkat umur, anda pasti tidak akan menyesal memilik beg tangan daripada jenama ini. Harganya juga mampu milik tau!
Instagram
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!