seismik

Tak Tahu Nak Tengok Apa? Ini 7 Filem Indie Malaysia Menarik Yang Wajib Anda Tonton

Semuanya best tau!

Cover image via Goggler & Mubi

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Filem bebas ataupun filem indie selalunya menyentuh isu-isu berat dan sensitif

Oleh itu, filem indie ini memang mempunyai peminat yang tersendiri. Jika anda pernah menonton filem indie, anda pasti nak tengok lagi.

Bukan sahaja di luar negara, Malaysia juga mempunyai filem indie menarik yang boleh anda tonton seorang diri ataupun bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.

Jika anda tidak pernah menonton filem indie, di sini kami kongsikan 7 filem indie Malaysia yang sangat best untuk anda tonton.

1. KIL

Image via Wikipedia

Filem romantik misteri yang diterbitkan pada tahun 2013 ini menampilkan lakonan mantap daripada Redza Minhat dan Christina Suzanne sebagai pelakon utama.

KIL mengisahkan tentang Akil yang menghadapi kemurungan dan mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. Namun, Akil masih tidak berani untuk berbuat demikian dan percubaannya untuk membunuh diri sering gagal.

Dia kemudiannya mengupah agensi pembunuhan, LAB untuk membunuhnya dengan cara dan masa yang tidak diketahui. Sepanjang Akil menunggu masa untuk dibunuh, dia bertemu dengan Zara, seorang gadis yang penuh dengan misteri.

2. Pekak

Image via IMDb

Pekak merupakan filem drama romantik yang diterbitkan pada tahun 2016. Gandingan dan chemistry antara Zahiril Adzim dan Sharifah Amani sebagai pelakon utama turut menyumbang kepada kejayaan filem ini.

Filem ini mengisahkan tentang Uda, seorang OKU yang pekak menjalani kehidupan sebagai seorang pengedar dadah. Uda kemudiannya ditakdirkan bertemu dengan Dara, seorang pelajar sekolah yang bermasalah dan kurang kasih sayang daripada ibu bapa.

Uda and Dara mula merasa bibit cinta antara mereka, namun mereka terpaksa mengharungi kehidupan yang penuh dengan seks, keganasan dan dadah.

3. Prebet Sapu

Image via Malay Mail

Filem yang dipilih mewakili Malaysia di Oscars ke-94 ini menampilkan lakonan hebat daripada pelakon utama, Amerul Affendi dan Lim Mei Fen.

Prebet Sapu mengisahkan tentang Aman yang bersusah-payah untuk survive di ibu kota, Kuala Lumpur sebagai seorang pemandu e-hailing.

Kehidupan aman semakin rancak apabila dia ditemukan dengan seorang penumpang Cina yang bernama Bella. Hubungan mereka mulai akrab apabila Aman menjadi pemandu peribadi kepada Bella untuk menghantarnya ke kerja malamnya.

4. Pulang

Image via IMDb

Filem arahan Kabir Bhatia yang diterbikan pada tahun 2018 ini pernah menjadi fenomena di Malaysia. Lakonan Remy Ishak dan Puteri Aishah sebagai pelakon utama berjaya menyentuh perasaan penonton.

Pulang diinspirasikan dari kisah benar yang berlakon pada era 1940-an. Filem ini mengisahkan tentang hubungan Othman dan Che Tom yang penuh dengan cinta dan cabaran.

Othman mengimpikan hidup yang senang bersama isterinya, Che Tom. Oleh itu, dia pergi berlayar dan meninggalkan Che Tom buat sementara waktu. Dengan penuh sabar, Che Tom setia menunggu kepulangan Othman.

5. Suatu Ketika

Image via IMDb

Suatu Ketika merupakan filem bertemakan bola sepak pada era 1950-an yang diterbitkan pada tahun 2019. Filem ini menampilkan barisan pelakon yang begitu hebat seperti Namron, Pekin Ibrahim dan ramai lagi.

Filem ini mengisahkan tentang semangat bola sepak yang dipupuk oleh sekumpulan murid lelaki di sekolah kampung yang ingin membentuk dan menjuarai kejohanan bola sepak.

Perjalanan mereka dalam membentuk sebuah pasukan yang hebat disokong serta dibantu oleh guru mereka dan seorang pekebun di sekolah.

6. Mukhsin

Image via IMDb

Filem arahan Yasmin Ahmad ini yang diterbitkan pada tahun 2007 ini menampilkan lakonan hebat Syafie Naswip dan Syarifah Aryana.

Mukhsin menceritakan kisah seorang budak perempuan bernama Orked yang sukar diterima oleh kanak-kanak lain di kampung. Namun, hidup Orked mulai berubah dengan kedatangan seorang budak lelaki bernama Mukhsin.

Orked dan Mukhsin banyak meluangkan masa bersama hingga timbulnya perasaan cinta yang terpaksa dipendam. Filem ini mengisahkan tentang first love pada usia muda.

7. Talentime

Image via Talentime

Turut merupakan filem arahan Yasmin Ahmad, Talentime dibintangi barisan pelakon hebat seperti Pamela Chong, Mahesh Jugal Kishor, Syafiq Naswip, Allahyarhamah Adibah Noor dan banyak lagi.

Filem ini mengisahkan tentang hubungan cinta tanpa mengira kaum, bangsa dan agama antara Melur dan Mahesh. Ia juga menceritakan tentang sebuah pertandingan bakat di sekolah, Talentime.

Satu tragedi membuatkan Mahesh berubah, lalu memberikan kesan terhadap Melur yang sudah mula menyimpan perasaan istimewa terhadap jejaka itu.

Jadi, tunggu apa lagi? Anda wajib tengok semua filem ini tau! :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: