seismik

“Unik & Istimewa” - Surprise Insan Tersayang Dengan 6 Hadiah Custom-Made Ini

Confirm mereka akan sukakannya!

Cover image via @woondy_moondy (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pemberian hadiah mampu mengeratkan lagi hubungan dengan insan tersayang

Hal ini kerana, usaha seseorang dalam mengambil masa dan memilih hadiah terbaik untuk insan tercinta amatlah dihargai.

Tidak kira sama ada ahli keluarga, rakan karib mahupun kekasih, semua pasti akan berasa gembira apabila diberikan hadiah.

Kadangkala memilih hadiah yang sesuai boleh menjadi satu perkara yang susah dan bikin pening kepala. Iyalah, sudah tentu kita ingin berikan hadiah yang paling gempak!

Jangan risau, di sini kami kongsikan 6 idea hadiah custom-made dan unik yang boleh anda berikan kepada kesayangan.

1. Clay Art Frame

Clay Art Frame ini merupakan hadiah istimewa yang lain daripada lain dan mempunyai nilai sentimental.

Hadiah custom-made dan buatan tangan ini juga sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja sama ada lelaki atau perempuan.

Mereka boleh meletakkan frame ini di atas meja kerja ataupun dijadikan sebagai perhiasan rumah. Hadiah ini confirm akan buat anda selalu berada di fikiran mereka!

Anda boleh menempah Clay Art Frame di sini.

2. Muji Embroidery

Pakaian, beg dan kasut sering dijadikan sebagai hadiah dan ia juga boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. Memang berbaloi dan tidak membazir.

Jadi, apa salahnya jika anda add-on sulaman supaya hadiah itu nampak lebih unik dan istimewa. Kalau anda nak tahu, MUJI menawarkan embroidery service untuk produk mereka dengan harga serendah RM10 tau!

MUJI merupakan kedai yang berasal dari negara Jepun. MUJI menawarkan pelbagai jenis barang yang terdiri daripada pakaian, beg, kasut, alat tulis, kelengkapan rumah dan banyak lagi. Oleh itu, terdapat banyak produk yang boleh anda pilih untuk servis sulaman.

Jika anda berminat, anda boleh kunjungi MUJI Pavilion dan MUJI KLCC untuk nikmati servis sulaman mereka.

3. Cawan

Minum air yang mencukupi dapat manjamin kesihatan dan membuatkan seseorang itu hydrated. Oleh itu, cawan merupakan antara hadiah yang paling berguna!

Jika anda berikan cawan biasa yang terdapat di pasaran, mesti boring. Jadi, apa kata anda tempah cawan yang comel ini? Confirm insan tersayang akan lebih bersemangat untuk minum air setiap hari.

Anda boleh dapatkan cawan custom-made ini dengan harga serendah RM40 daripada Wee Lab. Anda juga boleh memilih style lukisan yang anda minati.

4. Lego

Image via Brickfinder

Siapa sahaja yang tidak tahu akan LEGO, bukan? LEGO yang comel ini pasti mampu mencuri hati insan tercinta.

Seperti umum tahu, harga barangan LEGO sememangnya mahal. Namun, ada juga yang mampu milik tau! Dengan bajet serendah RM100, anda boleh cipta sendiri minifigure mengikut cita rasa anda dan juga engraved keychain.

Anda boleh kunjungi LEGO Certified Stores berdekatan anda.

5. Puzzle

Memasang puzzle merupakan aktiviti yang mencabar minda dan dalam masa yang sama mampu mengisi masa lapang.

Bayangkan jika anda surprise insan tersayang dengan puzzle custom-made ini? Mesti mereka akan berasa seronok untuk memasangnya semata-mata ingin melihat hasil akhir. 

Anda boleh menempah puzzle dengan design yang anda ingini di Wee Lab dengan harga RM90 sahaja. 

6. Keychain

Semua orang pasti memiliki keychain yang digantung pada kunci kereta, kunci rumah, beg dan lain-lain. Keychain merupakan aksesori wajib buat semua!

Berikan sedikit kelainan dengan menempah keychain custom-made buat insan tercinta. Guarantee mereka akan membawanya ke mana-mana sahaja mereka pergi.

Terdapat pelbagai jenis keychain menarik yang boleh anda dapatkan, sama ada di JLEY Keychain, Woondy Moondy ataupun Wee Lab.

Semuanya comel, bukan? Cepat belikan hadiah untuk yang tersayang, confirm mereka suka!

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: