"Ini Wang Rakyat Bukan Wang Saya, Hutang Wajib Dibayar!" - Asyraf Wajdi
Kenyataan itu susulan kediaman Che Ta diserbu pegawai MARA atas kegagalannya membayar pinjaman berjumlah RM1 juta.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kecoh sejak semalam rumah pelakon terkenal, Rozita Che Wan, 51, atau lebih dikenali sebagai Che Ta di Kota Damansara, Petaling Jaya, diserbu pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) susulan kegagalannya membayar pinjaman berjumlah RM1 juta
Dalam pada itu, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilihat memuat naik status di laman Facebooknya dengan mesej berkaitan hutang.
Antara lain, Asyraf menulis "Hutang wajib dibayar. Usah merayu kepada saya kerana bukan hak saya untuk melupuskan hutang. Saya menjaga amanah wang rakyat di bawah MARA, bakal dipersoalkan Allah kelak!"
Difahamkan, status berkenaan berkait rapat dengan isu selebriti terkenal berkenaan yang sebelum ini dikatakan pernah berusaha bertemu pengurusan tertinggi MARA dalam usaha menyelesaikan masalah hutang tertunggaknya itu.
Image via DR ASYRAF WAJDI DUSUKI (Facebook)
"Jangan pula ada masalah atau cari masalah untuk sengaja tak nak bayar pinjaman tetapi dalam masa sama memperagakan kemewahan, jadi ini saya rasa tidak adil bagi semua pihak" - Asyraf Wajdi
Beliau membidas tindakan sesetengah peminjam institusi itu yang dilihat sengaja tidak mahu membayar pinjaman tetapi memperagakan kemewahan.
Asyraf Wajdi berkata, MARA tidak pernah memilih bulu sebaliknya mengambil pendekatan berunding dan sentiasa bersikap ihsan kepada sesiapa yang bermasalah dalam melangsaikan hutang pinjaman.
"Saya tiada kuasa untuk melupuskan apa jua pinjaman. Kalau ada masalah datang jumpa (pihak MARA)," katanya.
Tambah Asyraf Wajdi lagi, pinjaman MARA membabitkan wang rakyat yang perlu dibayar kerana peminjam sudah menandatangani perjanjian.
Beliau berkata, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pihak terbabit yang sengaja enggan membayar pinjaman sedangkan mereka berkemampuan dan hidup mewah.
"Ini wang rakyat bukan wang saya. Culas bayar sedangkan akad/kontrak yang dimeterai adalah pinjaman bukan sedekah. Apatah lagi jika sengaja tidak mahu bayar sedangkan berkemampuan dan bermewahan," ujarnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment