"Isteri Ke-4 Mengandung Lagi" - 28 Anak Pula Tinggal Sebumbung & Tidak Bersekolah
Duit zakat dijadikan untuk menyewa rumah.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti umum tahu, salah satu syarat untuk hidup berpoligami adalah berkemampuan untuk menampung keluarga
Tidak salah jika ingin hidup berpoligami, tetapi pastikan berkemampuan dan bersifat adil terhadap isteri-isterinya. Berkemampuan tidak semestinya perlu hidup dalam serba kemewahan, cukup sekadar mempunyai tempat tinggal yang selesa, makan dan minum pun cukup, kebajikan juga terjaga.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular posting di Facebook tentang sukarelawan yang berang dengan sikap ego ketua keluarga itu apabila mereka singgah ke rumah terbabit untuk berikan bantuan. Posting Facebook berkenaan telah viral di Twitter dan mendapat pelbagai reaksi netizen.
Lihat posting itu di bawah:
Menyewa 2 rumah yang mempunyai 4 bilik, setiap isteri dapat bilik masing-masing. Tetapi anak pula...
Dipercayai dua buah rumah sempit itu dipenuhi oleh 33 orang terdiri daripada seorang bapa, 4 isteri dan 28 anak. Mereka menyewa rumah tersebut dengan bantuan duit daripada zakat.
“Anak 28 orang. Sulung 20 an dah lari tinggalkan keluarga, tinggal adik berderet deret dan paling bongsu umur setahun. Isteri ke 4 kini sedang mengandung lagi! Menyewa 2 buah rumah yang sempit, zakat bayarkan sewa. 1 rumah ada 2 bilik. 1 bilik, milik 1 isteri. Anak2 tidur mana? Berselerakan dalam rumah asalkan masih di bawah bumbung. (Katanya anak2 perempuan di dalam bilik. Harap2 lah betul)”, kata sukarelawan.
Bukan itu saja, anak-anaknya juga masih belum bersekolah. Kata bapanya dia tidak mempunyai kenderaan untuk hantar anak-anak ke sekolah. Apa yang lagi menyedihkan, bapanya ego apabila ingin dibantu oleh segelintir sukarelawan.
Image via Nurul Ima Rahman (Facebook)
Image via Nurul Ima Rahman (Facebook)
Image via Nurul Ima Rahman (Facebook)
Image via Nurul Ima Rahman (Facebook)
Situasi tersebut sekali gus telah mengundang kemarahan netizen
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen berang dan marah kerana sikap bapa yang ego. Malah, ada juga yang turut bersedih dan kecewa melihat anak-anaknya yang hidup serba daif dan tidak bersekolah.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di Twitter:
Image via @nabilfikran10 (Twitter)
Image via @nabilfikran10 (Twitter)
Image via @nabilfikran10 (Twitter)
Kita hanya mampu doakan terbaik untuk mereka. Semoga anak-anaknya menerima pendidikan yang sewajarnya!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment