Terkejut Lihat Tangan Suami, Tak Perasan Cakar Tangan Sampai Jadi Luka Masa Beranak
Pengorbanan isteri.
Pengorbanan seorang wanita yang melahirkan anak sememangnya tidak dapat dibalas dengan wang ringgit
Jasa mereka begitu besar sehingga ia tidak mampu dibalas dengan apa sekalipun. Tambahan lagi, hanya mereka saja yang tahu dan menanggung kesakitan itu.
Jadi, sebagai suami, adalah lebih baik jika kita dapat bersama dengan isteri sewaktu proses melahirkan anak. Ia sedikit sebanyak dapat menenangkan mereka.
Seperti video di TikTok ini yang memaparkan seorang wanita berkongsi tangan suaminya yang dicakar semasa melahirkan anak telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Tak perasan cakar tangan suami sampai jadi luka
Menerusi video tersebut, wanita berkenaan berkongsi kejadian selepas proses bersalin anaknya.
Namun, wanita itu menyedari yang dia telah mencederakan tangan suaminya itu sehingga menjadi luka saat melahirkan. Malah, dia hanya perasan selepas semuanya selesai dan meminta maaf.
Suaminya itu kemudian hanya mampu tersenyum dan mengucapkan terima kasih kerana telah bertarung nyawa melahirkan zuriatnya.
Image via @snmss1001 (TikTok)
"Aku time contraction tarik baju laki sampai koyak" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 51.1K likes dan 862 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @snmss1001 (TikTok)
Image via @snmss1001 (TikTok)
Image via @snmss1001 (TikTok)
Sakit dia nak beranak dan contraction tu memang tak boleh ditukar ganti ya :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment