Isteri Tenang 'Kantoi' Kecurangan Suami Dengan Kekasih Lain, Beritahu Dirinya Bujang
Macam tu je dia kantoikan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi pasangan suami isteri, mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga sememangnya adalah satu cabaran
Hal ini kerana bukan semua pasangan itu hidup bahagia dalam rumah tangga masing-masing. Namun, suami dan isteri perlulah memaninkan peranan untuk memastikan hubungan rumah tangga mereka harmoni dan bahagia.
Jika ada masalah, haruslah bincang agar perkara itu tidak berpanjangan sehingga menimbulkan pelbagai kemungkinan. Namun, ia semua terpulang kepada individu itu sendiri, jika pasangan sudah berbuat baik tetapi tetap curang juga tiada guna.
Seperti yang terjadi dengan pasangan ini selepas isterinya berjaya mengetahui kecurangan suaminya bersama wanita lain.
Image via @dor3mifas0las1do (TikTok)
Isteri dengan tenang terjah suami dating dengan perempuan lain
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang isteri berkongsi situasi selepas dia berjaya menangkap suaminya yang berlaku curang.
Difahamkan, dia sudah mengumpul beberapa bukti kecurangan suaminya itu sebelum menerjah mereka berdua di dalam sebuah pusat beli-belah.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah walaupun dia tahu akan kecurangan suaminya, namun isterinya itu tetap bertindak dengan tenang dan tidak marah-marah. Mungkin juga kerana mereka berada di tempat awam.
Isterinya itu dan rakannya kemudian 'menyoal siasat' wanita yang curang bersama suaminya sambil bertanyakan beberapa soalan.
Kata wanita itu, lelaki berkenaan mengaku dirinya adalah bujang. Malah, dia juga tidak mengetahui yang sebenarnya lelaki itu sudah pun berkahwin. Namun, isterinya tidak memarahi wanita berkenaan kerana dia tidak tahu akan status suaminya itu.
Lihat video itu di bawah:
Mesti dalam hati tu hancur gila bila dapat tahu kan :')
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment