Isu Perkataan 'Keling', Lelaki Berbangsa India Ini Perjelas Dimanakah Penghinaannya
Ini baru 1 Malaysia.
Malaysia terkenal dengan negara yang kaya dengan pelbagai bangsa dan budaya
Sudah tentu, bangsa Melayu, Cina dan India adalah bangsa yang paling utama di Malaysia. Namun, kadangkala pergaduhan sesama bangsa itu memang tidak boleh dielakkan.
Sehinggakan ada yang sanggup memerli atau mengejek bangsa dengan perkataan yang menyakitkan hati.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki berbangsa India berkongsi isu mengenai perkataan keling telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Jelas kat mana isu sensitiviti
Menerusi video tersebut, dia menjelaskan sehingga kini masih ada yang berbalah mengenai isu perkataan tersebut.
“Maksudnya keling, di Malaysia, banyak nama yang berunsurkan k*eing, seperti Tanjung Keling, Ubi Keling, Pisang Keling, Tanjung Kapitan Keling, Masjid Keling, adakah ini dijadikan sensitiviti masyarakat? Sebenarnya tidak”, jelasnya.
Dia juga meminta agar rakyat Malaysia supaya memikir lebih mendalam lagi mengenai hal tersebut. Jika mengikut sejarah lama, istilah keling itu tidak menunjukkan satu penghinaan dan kata-kata yang tidak boleh digunakan.
Image via @suman_sivam (TikTok)
"Laju dan lancar bos. Penerangan yang jelas. Terima kasih bos" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga memberikan pelbagai reaksi dan ada juga yang memuji penerangannya itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 286.5K views, 15.7K likes dan 2,036 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @suman_sivam (TikTok)
Image via @suman_sivam (TikTok)
Image via @suman_sivam (TikTok)
Image via @suman_sivam (TikTok)
Terima kasih sebab terangkan kepada semua :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment