Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Jangan Insecure" - Hidap Penyakit Kulit, Netizen Kongsi Tips Tampil Tetap Cantik & Yakin

Kerana diri kita sangat berharga!

Cover image via Ngau Kai Yan (CNA)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, ada antara kita yang menghidap penyakit kulit

Antara penyakit kulit yang sering dialami oleh orang ramai ialah penyakit ekzema atau psoriasis. Ekzema merupakan penyakit kulit yang menyebabkan kulit menjadi lebih merah, meradang, menggelupas, retak atau penuh nanah. Kebiasaannya, kulit menjadi seperti itu disebabkan tindak balas dengan sesuatu pencetus seperti pewarna fabrik, sabun atau haiwan.

Manakala, psoriasis menyebabkan kulit mempunyai sisik kulit putih yang menjadi merah atau gatal-gatal yang serius. Puncanya disebabkan keadaan autoimun badan yang mengeluarkan sel kulit berlebihan.

Kita sudah pasti sering tertanya-tanya bagaimana ingin tetap tampil cantik kalau kulit kita merekah dan merah-merah bukan? Jom baca perkongsian penghidap kulit di Malaysia!

1. Guna sabun pH yang seimbang dan sesuai

Kebiasaanya, kulit akan mula meradang, merah dan gatal apabila menggunakan sabun yang tak sesuai.

Gunakan sabun yang mempunyai pH 5.5 seperti yang ditawarkan oleh jenama Antabax, Johnson's atau Dove. Sabun yang wangi selalunya akan membuatkan kulit penghidap ekzema kering dan gatal.

Image via Shopee

2. Pakai lotion

Rajinkan diri memakai pelembap badan selepas mandi kerana penghidap kulit sensitif kebiasaannya akan terasa kering. Oleh sebab itu, jadikan rutin memakai lotion selepas mandi. Banyak jenama lotion yang melembapkan di pasaran antaranya Vaseline, Nivea, jenama Derma seperti Eucerin dan bantak lagi.

Kalau nak lagi secure elakkan gatal-gatal flare up, bawa lotion travel size ke mana-mana saja untuk jadikan backup kalau kulit kering. Kadangkala kulit boleh jadi kering disebabkan cuaca panas atau lama sangat dalam bilik aircond.

Image via A Good Hue

3. Elakkan pakai produk yang mengandungi fragrance

Pemakaian sabun mandian atau pelembap badan yang mempunyai pewangi semestinya membuatkan badan terasa harum dan wangi, namun untuk penghidap kulit ekzema dan psoriasis, kulit mereka akan terasa gatal dan lebih kering. 

Sebaiknya, mereka mengelakkan kandungan produk yang mempunyai pewangi ataupun anda boleh cuba membuat patch test di tangan dulu sebelum menggunakannya. 

Image via Visha Skincare

4. Jaga pemakanan

Kepada sesiapa yang mempunyai alahan, sebaiknya anda menjaga pemakanan supaya kulit sensitif anda tak gatal dan kemerah-merahan. Kulit sesetengah orang akan mempunyai alahan terhadap makanan seafood dan sebagainya. 

Tak mengejutkan ada juga yang alah dengan ayam, sebab itu jika makan ayam, ada yang perlu sediakan krim dan ubat.

Image via Kompas

6. Jumpa doktor

Ada yang menyarankan untuk berjumpa dengan doktor jika tak tahu punca kegatalan atau kemerahan pada kulit. Boleh juga membuat allergy test di hospital atau klinik pakar kulit supaya anda dapat mengenal pasti anda alah dengan bahan atau makanan apa. 

Kadangkala, ada yang kulit gatal disebabkan habuk, hama katil dan banyak lagi. Penting untuk tahu dan mencegah sebelum kulit jadi lebih teruk. 

Image via Hello Doktor

7. Pakai mask

Jika anda mempunyai luka di bahagian yang ketara seperti mulut atau muka, ada yang sarankan untuk memakai mask. Selain boleh mengelakkan daripada jangkitan kuman, anda juga boleh bergaya dengan fesyen mask yang cantik!

Image via Fatheen Deen, Jovian

8. Elakkan buat aktiviti yang boleh menyebabkan kegatalan

Ada sesetengah orang akan mengalami kegatalan kulit jika terkena peluh, oleh sebab itu ada yang kurangkan aktiviti berpeluh atau ekstrem supaya tidak terkena jangkitan atau kegatalan. 

Image via The Diagnosa

Ingat tips-tips ini untuk kekal cantik dan sihat!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment