"Jatuh Cinta Pada Kali Pertama Bertemu" - Isteri Dedah Cara Romantik Sultan Kelantan Lamar
Rihana Petra turut menceritakan selepas pertemuan pertama, beliau dan Sultan Muhammad V meneruskan komunikasi melalui telefon setiap hari.
Sebelum ini, Rihana Oksana Petra, isteri Sultan Muhammad V telah menceritakan secara ringkas kenangan bertemu Sultan negeri Kelantan itu buat pertama kali
Dalam perkongsiannya menerusi laman Instagram rasminya iaitu @rihanapetra, beliau menyataan telah bertemu bekas Yang di-Pertuan Agong itu pada musim bunga tahun 2017 yang lalu.
Image via Instagram @rihanapetra
Menurutnya lagi, semasa pertemuannya itu, Sultan Muhammad V secara berseloroh telah memperkenalkan dirinya sebagai 'Raja Malaysia'. Rihana yang menyangkakan baginda sedang bergurau, turut sama memperkenalkan dirinya sebagai ratu di Moscow.
Setelah masing-masing telah bertukar nombor telefon, Rihana akhirnya sedar gurauan tersebut ternyata adalah benar apabila muncul berita menyatakan tentang pelantikan raja iaitu Sultan Muhammad V sendiri.
Walau bagaimanapun, dalam postingnya itu, Rihana tidak menceritakan sepenuhnya kisah beliau dengan baginda tetapi beliau berjanji akan ada kesinambungan kisah mereka berdua.
Baru-baru ini, Isteri Sultan Kelantan telah membuat perkongsian baru dalam laman Instagram kesinambungan kisahnya bersama Sultan Muhammad V
Dalam postingnya itu, beliau menyatakan bagaimana beliau tidak akan dapat melupakan malam di mana baginda telah meluahkan perasaannya.
Image via Instagram @rihanapetra
"Beliau memberitahu yang dia telah jatuh cinta kepada saya pada kali pertama kami bertemu.
"Dia juga memberitahu yang dia amat menyenangi dengan saya dan ingin saya menjadi suri hatinya. Maka, itulah permulaan cerita cinta kami. Malaysia adalah tanah tumpah anak saya dan dengan adanya anak ini, saya tahu saya telah membuat pilihan yang amat tepat. Alhamdulillah," tulisnya.
Rihana turut menceritakan selepas pertemuan pertama, beliau dan Sultan Muhammad V meneruskan komunikasi melalui telefon setiap hari
Tambahnya lagi, "Kami ingin berjumpa sekali lagi tetapi terlalu susah disebabkan kontrak peragawati saya, dan juga kerana kami berdua tinggal berjauhan. Saya juga diberi kontrak satu tahun di luar Rusia oleh sebuah syarikat yang terkenal untuk bekerja sama dengan syarikat tersebut."
Image via Instagram @rihanapetra
Beliau kemudian memaklumkan bahawa menurut kontrak, beliau terpaksa berpindah ke New York.
"Pada masa itu, bakal suami saya amat kecewa dan meminta saya supaya tidak membuat sebarang keputusan selagi tidak berjumpa sekali lagi. Kemudian saya mendapat jemputan untuk pergi ke Malaysia bersama ibu dan bapa saya. Jadi saya menerima jemputan itu dan pergi ke sana dengan ibu saya," katanya.
Image via Instagram @rihanapetra
Menurutnya, beliau dan keluarganya terpesona apabila melihat sendiri negara ini.
"Saya telah jatuh cinta dengan Malaysia," ujarnya.
Apakah akan ada lagi sambungan kisah cinta mereka?
Sama-sama kita nantikan.
Nak baca part one kisah ini? Tekan sahaja link di bawah!
Lagi artikel berkaitan Rihana Petra di SAYS Seismik:
Leave a comment