seismik

Berat Turun Mendadak & Kena Demam Kuning, Rihana Petra Dedah Saat Awal Bersama Ismail Leon

Tengku Ismail Leon Petra telah selamat dilahirkan pada 21 Mei 2019.

Cover image via Instagram @rihanapetra

Menjadi ibu dan bapa buat pertama kali adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan

Adalah lumrah bagi kebanyakan pasangan yang telah berumah tangga untuk menimang cahaya mata secepat mungkin. Mendapat cahaya mata bukan sahaja saat yang menggembirakan buat ibu dan bapa tetapi turut dikongsi bersama dengan keluarga serta rakan-rakan.

Image via Shutterstock

Segala persiapan untuk menyambut kedatangan ahli keluarga yang baru itu telah disediakan awal-awal lagi baik dari segi membeli pakaian, lampin pakai buang, set mandian, menghias bilik tidur, dan lain-lain.

Meskipun segala kelengkapan bayi telah siap disediakan, namun harus diingat juga dengan perkara-perkara yang tidak dijangka akan berlaku. Sebagai contoh, penyakit. Yang sudah lama bergelar ibu bapa pun akan cuak sekiranya anak mereka sakit, apatah lagi ibu bapa buat kali pertama.

Baru-baru ini, Rihana Petra, isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, telah membuat satu perkongsian berkenaan pengalaman awalnya bergelar seorang ibu

Dalam perkongsian yang dimuat naik menerusi akaun Instagram rasmi miliknya itu, beliau menyatakan bahawa kehidupannya berubah buat selamanya sebaik sahaja bergelar seorang ibu di samping mengaku bahawa menjadi seorang ibu adalah satu tanggungjawab yang besar sama sekali.

Rihana Petra yang telah selamat melahirkan bayi diberi nama Tengku Ismail Leon Petra pada bulan Mei lalu itu turut menceritakan bagaimana seperti kebanyakan bayi, putera sulungnya tidak terkecuali daripada menghidap penyakit demam kuning.

Bukan itu sahaja, bayinya turut mempunyai masalah berat badan yang turun secara mendadak pada minggu pertama kelahirannya.

Walau bagaimanapun, syukur kehadrat Ilahi, bayinya yang lebih mesra disapa Leo itu telah pulih sepenuhnya bahkan berat badannya juga kian bertambah ekoran kekerapannya meminum susu dan mendapat rehat yang secukupnya.

Setelah melalui saat-saat resah dengan bayinya, Rihana Petra yang pada awalnya mempunyai keraguan untuk bergelar ibu kini tidak lagi takut dengan gelaran itu

Malahan, menurut beliau, menjadi seorang ibu adalah detik yang paling bermakna di dalam kehidupan seorang wanita.

Beliau juga tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata lagi. Akan tetapi buat masa ini, kasih serta sayangnya akan dicurahkan sepenuhnya buat satu-satunya putera kecilnya.

Baca perkongsian penuh di bawah:

View this post on Instagram

Sebulan yang lalu, saya menjadi ibu kepada cahaya mata sulong saya Ismail Leon. Cara hidup saya berubah buat selamanya pada saat itu. Menjadi ibu adalah tanggungjawab yang besar. Berat badan si Leo menjatuh amat teruk dalam minggu-minggu pertamanya. Dan dia juga mengidap penyakit kuning. Saya fikir ia dilahirkan dengan kulit kuning. Alhamdullilah, berat badannya berjaya bertambah dan dia pulih dari penyakitnya selepas sebulan. Sekarang dia mampu minum sebotol susu setiap 2.5 - 3 jam, dan dia tidur dengan nyenyak, terutamanya apabila cuaca diluar tenang dan ia berada dalam pelukan ibunya. Saya pernah ragu-ragu andainya tidur saya pun akan terganggu, tetapi kini sudah biasa dengan tabiat dan jadual waktunya, maka saya juga dapat berehat dan tidur ... kadang-kadang. Segala keraguan saya terhadap menjadi ibu orang memang tiada berbatas. Masa inilah detik yang paling bermakna di dalam kehidupan seorang wanita. Yang paling penting, saya tidak takut lagi untuk menjadi seorang ibu. Jika saya dikurniakan lebih cahaya mata oleh Allah, saya akan menerima kurniaan itu dengan segala kesyukuran. Sehingga waktu itu, putera kecil kami akan terus membesar dan memberi kasih sayang kepada ibubapanya serta kepada semua insan yang menyayangi dan mendukunginya. One month ago I became mother of beautiful little baby Ismail Leon My life has changed forever. Child is a great happiness and at the same time it is a huge responsibility. Leo lost too much weight during the first few weeks of his life. He also had jaundice. At the beginning I didn’t pay attention on it because i thought he was born with yellow skin. Alhamdullilah, by one month old he recovered from it and gained the necessary weight in plus 1 kg. Now Leo eats every 2.5 - 3 hours, he sleeps good, especially when it is fresh air outside and he enjoys cuddling very much. Actually he is wonderful and very calm child. I was afraid that It would be impossible for me to sleep at nights, but I had already get used to his timing and even manage to sleep... sometimes My fears about motherhood were unnecessary, this is the most beautiful period in the life of any woman, and what is most important, (continue below)

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Apa itu demam kuning? Boleh baca di bawah:

Lagi artikel berkaitan di SAYS Seismik:

You may be interested in: