seismik

"Saya Raja Malaysia" - Rihana Petra Dedah Kali Pertama Bertemu Sultan Kelantan. Comelnya!

Menurut Rihana, beliau bertemu bekas Yang di-Pertuan Agong pada musim bunga tahun 2017 yang lalu.

Cover image via Instagram @rihanapetra

Umum sudah sedia maklum tentang perkhabaran bahawa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, sudah pun bernikah dengan bekas ratu cantik Moscow, Oksana Voevodina yang kini dikenali sebagai Rihana Petra

Perkhabaran ini dikuatkan lagi dengan tersebarnya beberapa gambar serta video majlis perkahwinan mereka yang diadakan di Rusia pada tahun lalu.

Bahkan, kedua pasangan ini juga dikatakan sudah menimang cahaya mata yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra yang dilahirkan pada 21 Mei yang lalu.

Semua ini dikongsikan sendiri oleh Rihana Oksana Petra menerusi laman Instagram rasminya iaitu @rihanapetra.

Meskipun begitu, sehingga kini, baik Istana Negara mahupun kerajaan negeri Kelantan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkhabaran ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan DailyMail.uk, Rihana dikatakan bertemu Sultan Muhammad V ketika mempromosikan jam tangan elit di Eropah

"Oksana (yang kini dikenali sebagai Rihana) bekerja pada paparan jam tangan dan dia berdiri berhampiran poster dan mengiklankan barang-barang itu," kata Pengarah Peraduan kecantikan Tatiana Andreeva kepada Daily Mail.

"Oksana adalah model, dia banyak bekerja di luar negara, jadi pertemuan tahap seperti ini sudah diramalkan," tambah Tatiana.

Baru-baru ini, Rihana sendiri, menerusi laman Instagram mencerita secara ringkas kenangan bertemu Sultan Muhammad V buat pertama kali

Menurut Rihana, beliau bertemu bekas Yang di-Pertuan Agong pada musim bunga tahun 2017 yang lalu.

Tambahnya lagi, semasa pertemuannya itu, Sultan Muhammad V secara berseloroh memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia. Rihana yang menyangkakan baginda sedang bergurau, turut sama memperkenalkan dirinya sebagai ratu di Moscow.

View this post on Instagram

Bagi ramai orang, kisah pertemuan pertama saya dengan suami saya tetap menjadi misteri. Kami bertemu pada musim bunga 2017 di Eropah. Pada masa itu saya bekerjasama dengan rakan karib kami, Jacob Arabo. Selepas acara itu, kami pergi untuk makan malam, di mana saya berjumpa dengan seorang lelaki, dan beliau memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia. Saya menganggap itu sebagai jenaka semata-mata, dan saya pula bergurau bahawa saya juga adalah ratu di Moscow. Kami berbual sepanjang malam dan bertukar nombor telefon. Tidak lama kemudian terdapat berita yang muncul mengenai pelantikan raja, yang merupakan kawan baru saya ... untuk diteruskan For many people, the story of our first meeting with my husband remains to be a mystery. We met in spring 2017 in Europe. At that time I cooperated with our common friend jeweler Jacob Arabo. After the event, we went for dinner, where I met a man, and he introduced himself as king of Malaysia. I took it as a joke and joked back that I was also the queen of Moscow. We talked all evening and exchanged phone numbers. Soon there were news appeared about the appointment of the king, who was my new friend... to be continued Для многих людей остаётся загадкой история нашего знакомства с мужем. Это случилось в Европе, весной 2017 года. На тот момент я сотрудничала с нашим общим знакомым ювелиром Джейкобом Арабо. После мероприятия мы отправились на ужин, где я познакомилась с мужчиной, и он представился королем Малайзии. Я восприняла это как шутку и пошутила в ответ, что я тоже королева Москвы. Мы проговорили весь вечер и обменялись номерами телефонов. Вскоре в прессе появились новости о назначении короля, которым и был мой новый знакомый... продолжение следует

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

Namun begitu, Rihana tidak menceritakan sepenuhnya kisah beliau dengan baginda. Namun beliau berjanji akan ada kesinambungan kisah mereka berdua, barangkali dalam bentuk siri posting di laman Instagram.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan kisah mereka selanjutnya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: