Wan Maimunah Kini Niaga Tepi Jalan, Jual Ayam Golek Ferris Wheel Cari Pendapatan Lebih
Semoga laris sentiasa jualan Ibu Wan Maimunah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasti ramai yang sudah lama tidak melihat kemunculan pelakon veteran, Wan Maimunah bukan?
Lakonannya yang hebat boleh membuatkan ramai mengalirkan air mata dan menghayati dengan apa sahaja watak yang disampaikan.
Terbaru, di TikTok pelakon itu kini dilihat memilih untuk berniaga sebagai antara usaha mencari pendapatan lebih.
Image via @ceplos007 (TikTok)
Berniaga ayam golek, sempat beramah mesra dengan peminat
Menerusi video di akaun TikTok @ceplos007, kelihatan pelakon berkenaan kini sedang sibuk berniaga Ayam Golek Ferris Wheel miliknya.
Difahamkan, gerai jualannya itu terletak berhadapan kopi buruk WAKAF Beruas, Terengganu. Malah, ia juga sering menjadi tumpuan ramai tambahan lagi sewaktu di bulan puasa ini.
Dapat dilihat juga, Ibu Wan Maimunah sempat beramah mesra dengan pelanggannya walaupun sibuk menguruskan jualan.
Dalam pada itu, netizen juga meminta agar membantu dengan membeli jualan yang diusahakan pelakon berkenaan.
Lihat video di bawah:
Nampak sedap ayam golek Ibu Wan Maimunah ni :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment