JPN Saran Orang Ramai Ikuti Tips Palang Salinan Kad Pengenalan Ini Agar Tidak Disalahguna
Sekarang ramai orang boleh salah guna salinan kad pengenalan kita.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kad pengenalan merupakan maklumat identiti kita yang harus dijaga dan dibawa ke mana saja kita pergi
Hal ini bagi memudahkan urusan jika berlaku sesuatu yang memerlukan maklumat dan klarifikasi diri kita.
Salinan kad pengenalan juga harus dijaga baik dan tidak boleh sewenang-wenangnya menghantar kepada orang yang tidak dikenali.
Ia kerana zaman sekarang ramai orang mengambil kesempatan dengan menyalahgunakan salinan kad pengenalan seseorang untuk tujuan lain.
Disebabkan itu, pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan cara membuat palang pada salinan kad pengenalan agar tidak digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Anda perlu membuat palang dua garisan lurus pada dokumen dengan menulis tujuan atau apakah urusan dokumen tersebut digunakan.
Ikuti langkah ini ya supaya dokumen anda terjaga.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment