Jual Tumbler Starbucks x BLACKPINK Harga Kayangan, Netizen Bengang Dengan Penjual Ini
Harga dia tak nak kalah.
Kecoh sekarang ini dengan tumbler baru keluaran daripada Starbucks yang berkolaborasi dengan kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK
Kolaborasi ini ternyata telah mendapat minat ramai sehingga ada yang sanggup beratur seawal pagi untuk mendapatkan koleksi berkenaan.
Ramai yang berkongsi kegembiraan mereka selepas mendapatkannya. Namun, ada yang sedih kerana gagal untuk memilikinya.
Tular pula di Twitter baru-baru ini apabila ada individu yang menjual semula tumbler tersebut dengan harga kayangan telah mendapat kecaman ramai.
Lihat ciapan itu di bawah:
Jadikan peminat fanatik sebagai sasaran
Menerusi ciapan tersebut, dapat dilihat tangkap layar seorang individu yang menjual kembali tumbler koleksi berkenaan dengan harga RM899.
Malah, harga yang ditawarkan memang tidak masuk akal dan jauh lebih mahal daripada harga di pasaran.
"Saya personal shopper, saya da extra 2 pickup Puchong," tulis peniaga itu
Satu lagi tangkap layar dikongsikan oleh netizen ialah seorang individu turut menjual tumbler berkenaan kali ini dengan harga yang lebih mahal iaitu RM1,500.
"One and only Blackpink Rhinestone. Only 532 in Malaysia. Non-negotiable," ujar peniaga berkenaan.
Lihat ciapan itu di bawah:
"Boleh beli barang makanan untuk 3 bulan dah harga dia" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengecam harga tersebut dan memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 557 retweets, 184 quotes tweets dan 2,408 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Harga yang jual pun tak boleh bawa bincang mahal dia!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment