Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kajian Ini Dedah Rakyat Malaysia Suka Pilih Kata Laluan "Candycan1" Untuk Password Mereka

Kata laluan 'password' dan '123456' pula paling kerap digunakan dan digodam di Malaysia.

Cover image via AFP via Kosmo! Vecteezy

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Password merupakan perkara yang dikira sebagai penting kerana kita memerlukan kata laluan setiap kali mahu mengakses sesuatu media sosial atau sebarang akaun

Satu kajian yang dijalankan NordPass baru-baru ini, mendedahkan masih ramai penduduk di dunia termasuklah di Malaysia menggunakan kata laluan yang mudah seperti "123456" dan "password" pada tahun 2023.

Walaupun kata laluan di setiap negara, termasuk Malaysia, berbeza-beza, terdapat beberapa trend global yang jelas.

Kajian itu menyimpulkan bahawa kebanyakannya menggunakan kata laluan paling lemah untuk akaun penstriman mereka. Sebaliknya, kata laluan terkuat digunakan untuk akaun kewangan.

“123456” ialah kata laluan yang paling biasa di Malaysia dan di seluruh dunia. Malah, hampir satu pertiga (31%) daripada kata laluan paling popular di dunia terdiri daripada jujukan berangka semata-mata, seperti “123456789”, “12345”“000000” dan lain-lain.

Berikut antara 20 kata laluan yang paling biasa digunakan di Malaysia:

Image via NordPass

Anehnya, nama limau juga telah memberi inspirasi kepada beberapa kata laluan popular di seluruh dunia

Rakyat Malaysia sering memilih “Candycan1” untuk kata laluan mereka dan di Estonia pula, kata laluan “Kelluke12”, mungkin merujuk kepada salah satu minuman ringan keluaran tempatan.

Daripada meningkatkan tabiat penciptaan kata laluan, pengguna internet telah pergi ke arah lain dengan berpegang pada kata laluan yang telah diprakonfigurasikan.

Perkataan “admin”, yang berkemungkinan besar, merupakan salah satu kata laluan yang orang ramai tidak peduli untuk menukar, menjadikannya antara kata laluan paling biasa tahun ini di Malaysia dan banyak negara lain.

Difahamkan, sebanyak 70% daripada kata laluan dalam senarai global tahun ini boleh digodam dalam masa kurang dari satu saat.

*Sebagai rekod, data yang dibentangkan dalam kajian ini tidak mewakili penggunaan kata laluan mutlak di seluruh dunia. Penyelidik menganalisis sampel kata laluan yang diekstrak daripada sumber yang tersedia secara umum, termasuk yang terdapat di web gelap.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Vecteezy

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment