“Kalah Perempuan” - Pemuda Undang Tawa First Time Masuk Universiti, Penuh Baju Satu Beg
Macam dah tak nak balik rumah ni.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaannya, pelajar perempuan akan lebih beria mengemas beg apabila ingin masuk ke asrama
Berbanding pelajar lelaki yang hanya membawa apa ada saja asalkan cukup pakaian harian.
Namun, berbeza pula dengan seorang pemuda ini apabila rakamannya mengemas beg untuk masuk ke asrama buat pertama kali telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Angkut beg sekampung macam nak lari rumah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @m.hasebi, kelihatan dia sedang mengemas baju-bajunya untuk dibawa ke hostel.
Apa yang menghiburkan adalah dia dilihat seolah-olah ingin membawa kesemua pakaiannya kerana bingung akan kuantiti yang sepatutnya dibawa.
Rupa-rupanya, itu merupakan kali pertama pemuda tersebut masuk ke hostel untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Malah, dia juga dilihat mengeluarkan kembali beberapa helai bajunya untuk memilih semula mana yang patut diletakkan ke dalam bagasi.
Image via @m.hasebi (TikTok)
”Jarang ye lelaki bawa banyak haha tapi betul lah penuh tu sebab mak-mak kita yang suruh bawak banyak” - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 548.9K tontonan, 64.1K tanda suka serta 1.6K perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat pemuda itu yang kelam-kabut mengemas beg asramanya.
Malah, ramai yang berkata lama-kelamaan dia akan menyesal bawa banyak baju sebab akhirnya akan pakai baju yang sama saja berulang kali.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @m.hasebi (TikTok)
Image via @m.hasebi (TikTok)
Image via @m.hasebi (TikTok)
Image via @m.hasebi (TikTok)
Image via @m.hasebi (TikTok)
Image via @m.hasebi (TikTok)
Image via @m.hasebi (TikTok)
Image via @m.hasebi (TikTok)
Image via @m.hasebi (TikTok)
Image via @m.hasebi (TikTok)
Mesti dia tak tahu nak buat pilihan kan, ikut cakap mak memang angkut je semua baju :D
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment