"Kami Boleh Cover Bayar Staf Gaji" - Pelanggan Sempat Edit Resit QR Nak Elak Kena Bayar
Kena lebih berhati-hati.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, sekarang ini banyak kes penipuan melibatkan pembayaran online
Antaranya adalah pembayaran melalui pembayaran QR, di mana anda hanya perlu scan sahaja QR tertera untuk memasukkan jumlah bayaran.
Namun, ramai yang mengambil kesempatan ini dengan menipu sehingga ada yang sanggup menggunakan QR palsu.
Seperti video yang tular di TikTok ini apabila sebuah kedai berkongsi taktik licik pelanggan mereka yang menipu menggunakan pembayaran QR.
Image via @zilabeautyshop (TikTok)
Sempat sunting kod QR untuk bayar
Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah kedai kosmetik berkongsi situasi ketika pelanggannya sedang membeli barangan di kedai.
Di dalam rakaman litar tertutup, kedai itu memberitahu dua orang pelanggan telah datang membeli di kedainya.
Namun, kedai itu mendakwa pelanggan terbabit telah menipu transaksi pembayaran melalui QR dengan menyunting resit. Malah, dia dilihat seperti terburu-buru keluar sebaik saja menunjukkan resit pembayaran.
"RM300 mungkin kecil untuk peniaga besar, untuk kami peniaga kecil boleh cover bayar gaji staf seminggu," tulisnya.
Lihat video itu di bawah:
Bahaya betul ya sekarang, kena ada mesin qr yang boleh keluar suara tu kot :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment