Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kanak-Kanak Orang Asli Umur 10 Tahun Ditemui Mati, Dipercayai Dirogol & Dibunuh

Difahamkan, suspek 17 tahun kini telah ditahan oleh pihak polis.

Cover image via Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kanak-kanak 10 tahun, Nuraina Humaira Rosli yang ditemukan meninggal dunia di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu semalam dipercayai dirogol sebelum dibunuh

Menurut laporan Harian Metro, keputusan bedah siasat yang diterima mendapati terdapat kecederaan akibat tekanan di leher serta kesan koyak pada kemaluan mangsa.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, susulan itu pihaknya mengklasifikasikan semula siasatan kes kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Image via Harian Metro

"Polis juga menahan lelaki berusia 17 tahun yang mempunyai pertalian darah dengan mangsa pada 5.30 petang tadi, untuk membantu siasatan.

"Kes masih dalam peringkat awal siasatan. Kemungkinan mangsa dirogol, namun buat masa ini kita tak boleh nak cakap secara pasti. Suspek ditahan di rumahnya yang juga terletak dalam perkampungan yang sama.

"Polis turut melihat adanya kemungkinan mangsa meninggal dunia di tempat lain sebelum mayatnya dibuang ke kawasan paya berkenaan," katanya.

Terdahulu, mangsa yang dilapor hilang sejak Jumaat telah ditemukan pada 4.20 petang, Sabtu di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu

Pihak polis menerima panggilan daripada penduduk kira-kira 1.30 awal pagi semalam yang memaklumkan berkenaan kanak-kanak itu yang tidak pulang ke rumah sejak Jumaat petang.

Lokasi penemuan mayat mangsa dikatakan kawasan yang jarang dikunjungi penduduk kampung kerana bahaya dengan banyak binatang berbisa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment