Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kecewa Rakan Sekerja Beri Layanan Buruk, Wanita Ini Tukar Semua Password Selepas Berhenti

Difahamkan, wanita itu memegang jawatan sebagai pengurus di tempat kerja tersebut.

Cover image via Kosmo reddit

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap individu yang masuk ke dunia pekerjaan pastinya inginkan yang terbaik termasuklah persekitaran bekerja

Namun, terdapat segelintir pekerja bernasib malang tetapi bukan kerana bebanan kerja sebaliknya disebabkan persekitaran yang toksik dan suasana negatif daripada rakan-rakan sekerja.

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang wanita membuat pengakuan menerusi laman Reddit bahawa dia diberikan layanan buruk oleh rakan-rakan ketika bekerja di sebuah restoran.

Apa yang mengejutkan bahawa dia tidak ‘pulang kosong’ selepas berhenti kerja sebaliknya wanita ini bertindak menukar kata laluan akaun semua pekerja di situ.

Ujarnya dia tidak kisah sekiranya perbuatannya itu ingin dianggap sebagai tidak matang atau sebagainya selepas menerima layanan yang buruk daripada rakan-rakan sekerjanya.

“Saya tidak boleh mengambarkan betapa teruknya saya dilayan ketika bekerja, malah seluruh kumpulan saya melakukannya.

“Saya merupakan satu-satunya wanita dalam pasukan jadi ia boleh jadi kerana itu, namun saya tidak mahu bermain dengan jantina,”
katanya.

Menurutnya, dia tidak pernah bersikap kurang ajar kepada mereka, dan disebabkan tidak suka untuk bersemuka jadi dia memilih untuk hanya berdiam diri.

“Saya takut, jadi saya menerima sahaja bagaimana layanan diberikan kerana terlalu memerlukan pekerjaan tersebut ketika itu.

“Pada satu petang saya membuat keputusan. Saya pulang ke rumah pada malam itu dan tidak datang bekerja. Saya kemudian mendapat banyak panggilan telefon dan mesej di WhatsApp daripada mereka yang bertanya mengapa saya tidak datang bekerja.

“Saya kemudian tidak mengendahkannya. Seperti yang saya katakan saya tidak pandai menangani konflik dengan baik jadi saya tidak boleh bercakap dengan mereka melalui telefon kerana sudah kecewa pada petang itu,”
 katanya.

Image via Kosmo

Ambil keputusan berhenti sebelum menyedari masih boleh mengakses akaun pengurus

“Akaun tersebut secara asasnya mempunyai semua data restoran seperti menu, kakitangan, pesanan, stok dan sebagainya.

“Oleh itu saya mengambil keputusan untuk menukar e-mel kepada yang palsu dan menukar semua kata laluan staff supaya mereka tidak dapat mengaksesnya.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku selepas itu. Tiada sesiapa menghubungi saya. Saya tak tahu sama ada mereka menyangka saya yang membuatnya atau tidak,”
jelasnya lagi.

Lihat posting di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment