Kecewa Tengok Suami Tak Kemas Barang Lepas Guna, Isteri Menangis Lihat Sebab Bersepah
Lagi nak kena hadap dia 24 jam.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam rumah tangga pasti ada pasang surutnya
Tak semuanya indah belaka dalam rumah tangga seseorang. Pelbagai cabaran yang perlu dihadapi bersama. Malah, pada masa inilah kita baru betul-betul kenal suami dan isteri kita.
Baru kita tahu perangai mereka, benda yang mereka tidak suka dan sebagainya. Tetapi, jika sudah lama berkahwin pasti kita sudah tahu pada masa ini apa yang tidak patut kita lakukan.
Berbeza pula dengan video di TikTok ini apabila seorang wanita menangis gara-gara sikap suaminya yang tidak kemas telah mendapat perhatian.
Image via @bundaule (TikTok)
Kecewa tengok sikap suami yang bersepah
Menerusi video tersebut, wanita berkenaan semasa itu baru saja selepas solat dan kemudian pergi ke tandas.
Namun, semasa di tandas dia terlihat ubat gigi yang tidak ditutup dan biarkan di atas singki. Sudah tahu itu pasti suaminya, dia terus pergi pada suaminya dan mula menangis.
Suaminya itu panik dan bertanyakan mengapa, lalu dia menjawab kerana dia tidak mengemas kembali ubat gigi selepas digunakan. Bukan itu saja, malah dia kecewa dengan sikap suaminya yang membiarkan boxer diletakkan merata.
"Penat juga kalau tiap masa, tiap hari kena ingatkan benda sama berulang-ulang kali" - Warganet
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memberikan respon mereka selepas melihat video itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 7.6M views, 574.3K likes dan 4,048 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:
Image via @bundaule (TikTok)
Image via @bundaule (TikTok)
Image via @bundaule (TikTok)
Lihat video itu di bawah:
Kesian juga isteri dia kalau hari-hari macam ni.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment