Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kecoh Video Di TikTok Gadis Menggelupur Dikejar Anjing Sampai Masuk Dalam Kereta. Lawak!

Anjing tu ingat diaorang nak main kejar-kejar dengan dia kot.

Cover image via @ainasyzwna14 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kemunculan anjing di kawasan rumah atau tempat awam sememangnya membuatkan ramai merasa takut

Hal ini kerana haiwan tersebut boleh bertindak di luar kawalan seperti mengejar dan menggigit orang berdekatan dengannya.

Namun, lain pula yang berlaku di kawasan tempat letak kereta sebuah rumah flat ini menarik perhatian ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

Anjing ajak main kejar-kejar sampai masuk dalam kereta siap bunyikan hon

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @ainasyzwna14, kelihatan dia dan keluarganya ingin keluar untuk membeli barang rumah.

Tetapi, berlaku pula satu tragedi apabila kehadiran seekor anjing di tempat letak kereta flat tersebut seolah-olah ingin bermain kejar-kejar dengan mereka sehingga keadaan menjadi kecoh seketika.

Ternyata, jeritan gadis itu yang ketakutan telah membuatkan jiran-jirannya turut menyaksikan tragedi tersebut.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila anjing itu bertindak meluru masuk ke dalam kereta gadis berkenaan dan siap membunyikan hon dengan lama.

Image via @ainasyzwna14 (TikTok)

Image via @ainasyzwna14 (TikTok)

"Rasa nak join jerit sekali hahaha lama agaknya mengidam nak tekan hon" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.4M tontonan, 122.6K tanda suka dan 8.6K perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur melihat situasi kecoh itu dan ada yang berkata mungkin anjing tersebut ingin mengikut mereka pergi berjalan-jalan.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image via @ainasyzwna14 (TikTok)

Image via @ainasyzwna14 (TikTok)

Image via @ainasyzwna14 (TikTok)

Image via @ainasyzwna14 (TikTok)

Image via @ainasyzwna14 (TikTok)

Image via @ainasyzwna14 (TikTok)

Image via @ainasyzwna14 (TikTok)

Image via @ainasyzwna14 (TikTok)

Image via @ainasyzwna14 (TikTok)

Image via @ainasyzwna14 (TikTok)

Ya Allah, tak tahu nak kesian ke nak gelak. Kelam kabut masing-masing :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment