Kenapa Suami Kena Buang Sampah? Ramai Terhibur, Tak Sangka Jawapan Wanita Ini Masuk Akal
Eh, betul juga kan. Haha.
Tugas mengemas rumah sudah sinonim dengan kaum wanita sejak azali lagi
Namun begitu, para suami perlulah membantu isteri membuat kerja rumah supaya dapat meringankan sedikit beban mereka.
Seperti contoh, jika isteri sudah masak dan menjaga anak di rumah, apa salahnya suami tolong buang sampah dan menyidai kain. Barulah rumah tangga itu harmoni kan?
Namun, lain pula yang jadi dalam sebuah video tular ini apabila seorang wanita membuat teka-teki mengapa suami kena buang sampah telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bagi jawapan kenapa suami kena buang sampah, ramai pula yang terhibur
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nani.roc, kelihatan wanita itu memberi soalan "tahukah anda mengapa tugas hakiki sang suami adalah membuang sampah?"
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia menjawab "ini kerana sampah dibuang di dalam bin, bukan binti".
Jawapannya itu ternyata sangat random dan ramai tidak terfikir akan jawapan yang masuk akal itu. Ia membuatkan netizen terhibur.
Image via @nani.roc (TikTok)
"Ya Allah tak terfikir hahaha. Kenapa tak pernah terfikir selama ni?" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M views, 125.8K likes dan 7.5K shares di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur mendengar jawapan wanita itu yang logik.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @nani.roc (TikTok)
Image via @nani.roc (TikTok)
Image via @nani.roc (TikTok)
Image via @nani.roc (TikTok)
Image via @nani.roc (TikTok)
Image via @nani.roc (TikTok)
Image via @nani.roc (TikTok)
Image via @nani.roc (TikTok)
Lepas ni kalau suami tak nak buang sampah, bagi diaorang teka-teki ni :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment