Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kes Dera Anak Istimewa, Rakyat Malaysia Gesa Tuntut Keadilan Buat #JusticeForBella

Diyakini remaja perempuan sindrom down yang berumur 13 tahun cedera di bahagian badannya akibat tumpahan air panas.

Cover image via Twitter

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini tular sebuah insiden gempar yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia

Kes seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) yang dipercayai didera di sebuah pusat asuhan di kondominium di Kuala Lumpur ditemui.

Remaja berusia 13 tahun itu merupakan seorang kanak-kanak OKU Sindrom Down. Ketika usianya 7 tahun, beliau dijaga di Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah.

Tahun lepas ketika usianya 12 tahun, Bella dibawa ke Mahkamah Kanak-kanak untuk disambung perintah penjagaan di rumah berkenaan. Ketika itulah beliau bertemu dengan Siti Bainun, pengasas Rumah Bonda. Kemudian, mahkamah meluluskan permohonan Siti Bainun untuk menjaga Bella. 

Namun, #JusticeForBella kini menjadi trending di semua platform media sosial akibat kes penderaan itu. 

Luka di tangan dan beberapa bahagian di badannya

Kes ini menjadi hangat setelah Puan Mona Din berkongsi gambar dan rentetan peristiwa di Facebook beliau. Kes penderaan itu telah menyebabkan Bella melecur teruk pada bahagian dada, tangan, leher dan mempunyai kesan luka pada pahanya.

Menurut laporan sumber, Bella menghidap Sindrom Down yang suka dengar kata dan bertindak degil. Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur, Che Samsuzuki, memberitahu Bella sering mengacau adik yang lain dan kesan parut di tangan merupakan akibat tumpahan air panas. Bella juga didakwa akan mengopek keruping luka dan menyebabkan ia sukar sembuh.

Namun begitu, kes ini tidak berhenti setakat itu. Ramai yang menuntut keadilan kerana mahu mencari pesalah yang mendera Bella. Difahamkan juga, Bella tinggal di sebuah kondo Siti Bainun di Wangsa Maju sehinggalah ditemui dalam keadaan demikian pada 23 Jun yang lepas.

Image via Twitter

Rentetan kes tersebut, JKM bertindak untuk menyita Rumah Bonda. Kes ini juga sedang disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001

Image via Twitter

Sekiranya sesiapa sahaja yang anda kenali mungkin menghadapi risiko penderaan, hubungi talian hotline Malaysia ini:

1. WOMEN'S AID ORGANISATION (WAO)
24 jam
Dial: +603-30008858
SMS/WhatsApp: +6018-9888058
Website | Facebook | Twitter

2. ALL WOMEN'S ACTION SOCIETY (AWAM)
Isnin hingga Jummat (9.30 pagi - 4.30 petang)
Dial: +603-78770224
WhatsApp: +6016-2284221 | +6016-2374221
Email: telenita@awam.org.my
Website | Facebook | Twitter

3. WOMEN'S CENTRE FOR CHANGE PENANG (WCC PENANG)
Isnin hingga Jumaat (9 pagi - 5 petang)
Contact: +604-2280342 | +604-3988340
WhatsApp: +6011-31084001 | +6016-4390698
Email: wcc@wccpenang.org 
Website | Facebook | Twitter

4. TALIAN KASIH
24 jam
Dial: 15999
WhatsApp: +6019-2615999
Email: taliannur@kpwkm.gov.my
Website | Facebook 

5. TELENISA LEGAL AID CLINIC
Isnin hingga Jumaat (8 pagi - 10 malam)
Dial: +6012-8123424
WhatsApp: +6012-8123424
Email: telenisa.sis@gmail.com 
Facebook | Twitter 

6. BUDDY BEAR CHILDLINE
Setiap hari (12 tengah hari - 12 tengah malam)
Dial: 1800-18-2327
Email: buddybear@humankind.my
Facebook | Instagram

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment