Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Kolaborasi Epik Sony Pictures & Fusion Wayang Kulit Raih Perhatian Netizen Di Media Sosial

Gabungan unik seni persembahan tradisional dan pembuatan filem moden.

Cover image via Sony Pictures

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sony Pictures Malaysia, bekerjasama dengan Fusion Wayang Kulit, dengan bangganya mengumumkan kolaborasi epik yang membawa anti-hero ikonik Marvel, Venom ke dalam dunia wayang kulit tradisional Malaysia

Kolaborasi ini menandakan projek kerjasama pertama antara Sony Pictures Malaysia dan Fusion Wayang Kulit, memperlihatkan bagaimana seni bercerita zaman dahulu dapat disatukan dengan elemen moden dalam satu bentuk persembahan yang mengagumkan.

Projek ini bukan sahaja menggabungkan elemen seni tradisional dan moden tetapi juga mencipta satu bentuk seni yang baharu, di mana Venom yang biasanya dikenali sebagai watak gelap dan misteri kini diberi nafas baharu dalam seni Wayang Kulit.

Dengan sentuhan kreatif Tintoy Chuo, pengasas Fusion Wayang Kulit, bersama Pak Dain, tok dalang terkenal dari Kelantan, Venom diberi interpretasi unik dalam dunia seni yang penuh dengan kehalusan ukiran dan lakonan bayang-bayang yang memukau.

Image via Sony Pictures

Dari sekadar konsep kepada karya yang nyata dan realiti untuk tontonan ramai

Image via Sony Pictures

Kolaborasi dua bulan ini bermula apabila Sony Pictures Malaysia menghubungi Fusion Wayang Kulit dengan idea untuk menggabungkan watak Venom ke dalam bentuk seni penceritaan tradisional Malaysia. 

Dari peringkat idea hingga pelaksanaan, kedua-dua pihak bekerjasama erat bagi memastikan elemen tradisi Wayang Kulit terus dihormati, sambil menggabungkannya dengan watak Venom yang sarat dengan elemen gelap dan edgy.

Projek ini berkembang dengan pantas dari sekadar konsep kepada karya yang nyata, menampilkan gabungan seni persembahan tradisional dengan seni perfileman moden.

Melalui gabungan idea kreatif ini, Venom bukan sahaja ditampilkan sebagai watak bayang-bayang dalam persembahan digital, tetapi juga dalam persembahan langsung yang mengagumkan.

Image via Sony Pictures

Sebagai sebahagian daripada pelancaran projek ini, para penonton akan berpeluang menyaksikan karya seni ini dalam bentuk video selama 60 saat yang memperlihatkan adegan ikonik dari trailer filem Venom.

Selain itu, terdapat juga kandungan di sebalik tabir yang menunjukkan proses pembikinan patung-patung Wayang Kulit oleh Tintoy Chuo dan Pak Dain.

Video ini memberikan gambaran tentang bagaimana seni Wayang Kulit dipersembahkan dengan elemen moden, menjadikan kolaborasi ini satu pengalaman visual yang unik dan berbeza.

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Fusion Wayang Kulit dalam projek yang luar biasa ini. Venom sememangnya karakter yang melampaui batasan, dan kolaborasi ini membolehkan kami meneroka sesuatu yang baharu dengan menggabungkan genre superhero Hollywood dengan semangat seni tradisional Malaysia,”
kata Pengarah Pemasaran Sony Pictures Entertainment Malaysia, Catherine Chai.

Dalam pada itu, pengasas Fusion Wayang Kulit, Tintoy Chuo turut berkongsi rasa teruja, “Bekerjasama dengan Venom membolehkan kami memaparkan seni tradisional Malaysia di pentas yang lebih luas, dan kami sangat teruja untuk melihat bagaimana warisan budaya kita dapat digabungkan dengan salah satu anti-hero yang paling dikenali di dunia,” ujarnya.

Tonton video penuh kolaborasi epik Sony Pictures Malaysia bersama Fusion Wayang Kulit di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment