KPM Tiada Kuasa Usir Peniaga Yang Jual Gula-Gula 'Gummy' Mata, Mohon Kerjasama PBT & KKM
Ia selepas seorang murid meninggal dunia selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan pemantauan ketat isu penjaja dan peniaga kecil di luar premis sekolah
Ia selepas insiden seorang murid darjah empat yang maut selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan memberitahu berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), penjaja tidak dibenarkan untuk melakukan aktiviti penjualan dalam radius 40 meter daripada pagar sekolah.
"Sudah ada garis panduan yang dikeluarkan oleh kementerian berkaitan iaitu KPKT dan KKM penjaja tidak boleh berniaga dalam radius 40 meter daripada pintu pagar dan keseluruhan pagar sekolah.
"Itu adalah undang-undang dan peraturan yang sudah ditentukan oleh KPKT dan KKM.
"Kita di peringkat sekolah ambil maklum dan KPM sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan juga KKM untuk memastikan perkara berkenaan dipatuhi.
"Ia kerana KPM tiada kuasa untuk menutup atau mengusir penjaja, itu adalah kuasa PBT dan KKM," katanya
Tambah beliau, sebelum ini KPM sudah mengambil langkah yang wajar terutamanya dalam mendidik dan memberi kesedaran terhadap murid dan pelajar sekolah mengenai kepentingan untuk membeli makanan yang betul di tempat yang betul.
"Kantin di sekolah juga tidak menjual makanan ringan seperti gula-gula kenyal berkenaan.
"Isu membabitkan kes berkaitan sebenarnya adalah bukan dalam kawalan kita kerana anak-anak berkenaan bersekolah pada sesi petang iaitu sekolah Kelas Quran dan Fardhu 'Ain (KAFA) yang berada di bawah kawalan kerajaan negeri," katanya.
Menurutnya, KPM akan memastikan perkara berkenaan sebagai keutamaan supaya isu seperti itu tidak akan berulang kembali.
"Di kantin sekolah tiada makanan yang dijual seperti 'gummy ball'. Maknanya, dasar kita jelas, ada yang boleh ada yang tidak boleh, tetapi apa yang dijual oleh peniaga di luar pintu pagar itu sebenarnya ialah makanan yang sudah digazetkan oleh KKM sebagai tidak boleh dijual," katanya.
Tiada lagi gula-gula 'gummy' mata dijual penjaja selepas insiden menyayat hati
Sementara itu, tinjaun Berita Harian mendapati penjaja makanan ringan tepi jalan sekitar Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Dua dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Sungai Dua mengakui terkesan dengan insiden murid yang maut akibat dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
Difahamkan, terdapat tiga premis yang menjual makanan ringan seperti keropok, gula-gula, minuman berkarbonat dan pencuci mulut beroperasi di sekitar sekolah terbabit.
Bagaimanapun, tinjauan mendapati tiada lagi produk 'gummy' berbentuk bebola mata dijual di premis berkenaan hari ini.
Menurut laporan, premis yang terletak di antara 50 hingga 100 meter dari kawasan SK Sungai Dua dan KAFA Sungai Dua dilihat menjadi tumpuan murid yang singgah membeli makanan.
Ia bagi mereka sementara menunggu dijemput ibu bapa masing-masing selepas tamat sesi persekolahan.
Terdahulu, seorang murid Tahun 4 yang dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik HPP menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 11 malam pada Khamis.
Petugas Bahagian Pelesenan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) meninjau gerai menjual makanan ringan di tepi jalan berdekatan Sekolah Kebangsaan Sungai Dua.
Image via Berita Harian
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment