Lambat Pergi Kerja, Lelaki Ini Bengang Sikat Tersangkut Dekat Rambut Buat Ramai Terhibur
Time dah lambat lah sikat tu cari pasal kan.
Kebiasaannya, kita akan bersiap dengan kemas dan memastikan baju dah digosok serta rambut disikat rapi sebelum pergi kerja betul tak?
Iyalah, siapa je yang nak pergi kerja dalam keadaan yang tidak terurus. Nanti officemate kata apa pula. Diri kita sendiri pun akan rasa tak selesa.
Namun, berbeza pula dengan situasi yang dihadapi oleh seorang lelaki ini apabila rambutnya buat hal ketika dia sudah terlambat pergi kerja telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Boleh pula sikat tersangkut dekat rambut time dah lambat pergi kerja
Menerusi video yang dimuat naik oleh @shazzyzain, kelihatan lelaki itu sedang kelam-kabut bersiap untuk pergi ke kerja.
Tetapi, apa yang membuatkannya stress adalah apabila sikat gulung tersangkut di rambutnya yang panjang itu.
Lebih menyerabutkan, dia tidak boleh mengeluarkan sikat tersebut kerana rambut-rambutnya sudah banyak melekat.
Akhirnya, dia terpaksa membawa sikat itu sekali ke dalam kereta dan memandu ke tempat kerja dalam keadaan seperti itu.
Image via @shazzyzain (TikTok)
"Aku tergelak bila dia dah masuk kereta masih ada sikat. Unexpexted hahaha" - Netizen
Ikutan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 504.5K views, 29.2K likes dan 1.4K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dan boleh relate dengan situasi lelaki itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @shazzyzain (TikTok)
Image via @shazzyzain (TikTok)
Image via @shazzyzain (TikTok)
Image via @shazzyzain (TikTok)
Image via @shazzyzain (TikTok)
Image via @shazzyzain (TikTok)
Image via @shazzyzain (TikTok)
Image via @shazzyzain (TikTok)
Allahu, sabar jelah bang oi. Sikat tu yang salah, awak tak salah :D
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment