Kawan Bagi Ayat Cliche Sebab Mengadu Panas, Cara Lelaki Ini Balas Pula Buat Ramai Terhibur
Setepek member dia kena.
Seperti yang kita tahu, cuaca di Malaysia sekarang tidak menentu
Ia boleh jadi panas terik pada waktu pagi hingga tengah hari, tetapi tiba-tiba boleh turun hujan lebat bila tiba waktu petang atau malam.
Baru-baru ini, tular sebuah video seorang lelaki mengadu panas kepada kawannya dan terus dibahan telah mengundang dekah ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Member selamba cakap baru panas dunia, sekali kena sound balik
Menerusi video yang yang dimuat naik oleh @sidqyazis, kelihatan lelaki itu sedang berjalan kaki bersama seorang kawannya sambil memegang sebungkus teh ais.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia mengadu panas dan kawannya itu berkata "baru panas dunia".
Lebih menghiburkan, dia spontan membalas "haa memang, cakap macam pernah pergi akhirat, balik hari ke apa". Perkara itu membuatkan kawannya ketawa.
"Finally jumpa ayat counter, terima kasih bang! Maybe member dah pergi dulu tu hahaha" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mencecah 4.1M views, 626.2K likes dan 15.2K shares di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur mendengar jawapan lelaki itu kepada kawannya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!